Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 20 November 2013

PANAS!!! KERAJAAN SELANGOR SEKOLAHKAN KERAJAAN HARAM NAJIB..

 
MB: K'jaan persekutuan perlu lebih adil agih cukai

Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru agar kerajaan persekutuan bersikap lebih profesional dalam pengurusan kewangan negara dan mengagihkan hasil cukai dengan lebih adil.
Berucap semasa membentangkan Bajet 2013 di DUN Selangor hari ini, Khalid berkata, pengagihan hasil cukai perlu dilakukan dengan lebih adil tanpa sebarang diskriminasi walau negeri Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Tambahan pula, rakyat Selangor penyumbang terbesar dari segi kutipan cukai Negara sekaligus penjana terbesar ekonomi negara, katanyna.
“Saya menyeru agar kerajaan persekutuan bersikap lebih profesional, telus dan bertnggungjawab dalam pengurusan kewangan dan fiskal negara.
"Agihan kutipan hasil cukai hendaklah dilakukan secara adil dan setimpal dengan sumbangan negeri,” katanya.
Beliau kesal kerana Selangor menurutnya masih tidak mendapat agihan peruntukan secara terus dan setimpal sejak 2008 apabila Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri.
Lebih malang lagi, sejumlah dana awam tidak disalurkan kepada kepimpinan negeri tetapi diperuntukkan melalui Unit Perlaksanaan dan Penyelarasan (ICU) kepada golongan yang tiada mandat mentadbir negeri tersebut, katanya.

Katanya, antara golongan yang menerima peruntukan tersebut ialah calon-calon pilihan raya BN yang kalah termasuk para ketua bahagian Umno Selangor.
Tambahnya, diskriminasi yang dilakukan kerajaan persekutuan itu bukan sahaja menjadi satu pengkhiatan kepada rakyat Selangor tetapi turut merugikan kerajaan.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2