Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 16 November 2013

Pas Kedah cadang jumpa secara terbuka dengan Fathul Bari Mat Jahaya




ALOR SETAR - Perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya, perlu diadakan secara terbuka agar tidak terus dipolemikkan.

Adun Kubang Rotan dari Pas, Mohd Nasir Mustafa berkata, cadangan program itu mendapat persetujuan semua Adun PR melalui mesyuarat menjelang sidang Dun yang diadakan di pejabat DAP Kedah, di sini, semalam.

Beliau berkata, sesi pertemuan perlu secara terbuka agar masyarakat lebih memahami kenapa Adun Pas menolak Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang diluluskan tidak lama dahulu.

“Kami sambut baik persetujuan Fathul Bari untuk bersemuka dengan Adun Pas bagi menyelesaikan kemelut dan salah faham yang berlaku.

“Pada saya, Fathul Bari mungkin tidak ada maklumat yang tepat berkaitan undang-undang itu yang diluluskan pada sidang Dun beberapa bulan lalu. Kalau dibekalkan bahan dan maklumat berkaitan, mungkin beliau akan lebih faham,” katanya, semalam.

Mereka akan menghantar surat rasmi kepada Fathul Bari dalam masa terdekat dan mencadangkannya diadakan selepas muktamar Pas.

Mohd Nasir turut mencadangkan agar akhbar Sinar Harian menjadi hos kepada program itu.

“Kita amat berbesar hati jika akhbar ini dapat jadi orang tengah untuk memudahkan sesi dialog berlangsung. Kita juga akan hantar satu surat rasmi kepada Sinar Harian dalam masa terdekat untuk memaklumkan perkara itu.

“Dengan ini, orang ramai dapat mengikuti perkembangan itu. Apa yang penting adalah kita memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai penolakan kita terhadap enakmen yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri,” katanya.

Sebelum ini, Fathul Bari dilaporkan menyahut cabaran bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Menurut laporan itu, Fathul Bari sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu, walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2