
Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing,” soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Najib sepatutnya menjawab isu itu sebaik didedah pihak media.
“Tindakan membisu membuktikan dirinya seorang pemimpin lemah dan cuai dalam menjaga keselamatan negara. Pendedahan ini sangat serius kerana wujud pelbagai rahsia dan maklumat sulit negara di pejabat Peguam Negara,” katanya.
Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju mendesak siasatan segera dibuat terhadap Gani.
KeadilanDaily