Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 14 November 2013

Pakatan Rakyat Selangor tidak tandatangani ‘surat BBC’ kepada MB Selangor..(BERITA SAMPAH USAH DI LAYAN)


SHAH ALAM 13 NOV : Tindakan mengedar ‘surat layang’  menggunakan nama Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kerajaan Selangor yang dianggotai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, PAS dan DAP, perbuatan tidak bertanggungjawab.

Amirudin1Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari, berkata Pakatan Rakyat (PR) Selangor menafi menandatangani mana-mana surat atau kenyataan menyatakan perasaan marah dan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, perbincangan antara wakil Adun PR bersama Menteri Besar memang ada berlangsung tetapi ia dilakukan dalam keadaan baik dan tidak beremosi.

“Sejak dahulu, BBC sentiasa berusaha membawa isu atau masalah untuk diambil perhatian dan tindakan oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar, sepertimana yang dinyatakan dalam setengah bahagian isi kandungan surat.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti asal usul surat itu ditulis serta apa tujuannya diedar sebagai surat layang,” kata Amirudin ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Beliau diminta mengulas isu pengedaran surat layang yang berlegar dalam aplikasi ‘WhatsApp’ telefon pintar kononnya Abdul Khalid berdepan kemarahan Adun PR.

lau weng san
Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San, tidak menolak kemungkinan surat berkenaan ditulis bagi memecah belah perpaduan di kalangan kepimpinan negeri.

“DAP tidak pernah mengeluarkan atau merestui penulisan surat berkenaan dan jelas ia dibuat di luar pengetahuan DAP Selangor,” kata Weng San dalam balasan ‘WhatsApp’nya kepada Selangor Kini.

abdul rani osmanPesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman pula, berkata PR sentiasa menggunakan pendekatan perbincangan dua hala dalam membawa  cadangan atau penambahbaikan dalam pelbagai isu.

“Sama ada kita duduk berbincang mengenai cadangan atau kita hantar surat secara berhemah ke pejabat Menteri Besar. Tiada langsung surat layang diedar melalui internet dan sebagainya,” katanya.

Isi kandungan surat yang ‘ditandatangani’ oleh ‘Adun PKR, DAP dan PAS’ itu menyatakan kekecewaan kerana kononnya tiada perubahan dalam  isu yang dibangkitkan Adun PR kepada Abdul Khalid.
-EZY FZL

Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2