Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 13 November 2013

Panas!!! Menteri umno Suruh Tutup buku isu 40,000 Bangladesh mengundi


 Tutup buku isu 40,000 Bangladesh mengundi

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata rakyat perlu 'menutup buku' dan tidak terus terpedaya dengan pembohongan pembangkang bahawa 40,000 warga Bangladesh diguna untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mei lepas.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan luar biasa pembangkang, Shahidan sebaliknya mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat dan menjadi warganegara Malaysia.
  
"Dua belas orang ini pun, jika mereka ada mendaftar menjadi pemilih, mereka boleh mengundi, kalau tidak, mereka tidak boleh mengundi.
  
"Hari ini marilah kita 'tutup buku'...bahawa 40,000 orang Bangladesh telah mengundi pada PRU (pilihan raya umum) lepas adalah satu pembohongan," katanya nya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat di sini.
 
Menegaskan bukan mudah untuk menjadi seorang pemilih, Shahidan berkata  warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang ingin mendaftar sebagai pemilih perlu melalui 33 jenis tapisan oleh Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agency (Alis) di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum layak menjadi pengundi.
  
Dalam pada itu Shahidan berkata kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang didesak pembangkang kerana mendakwa mereka gagal melaksanakan PRU13 dengan integriti.
  
Menyentuh mengenai perkembangan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Shahidan berkata Esscom kini dalam proses perbincangan bersama agensi keselamatan lain untuk merancang pembangunan infrastruktur dan aset untuk mengukuhkan pertahanan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).
  
Selain itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah merancang untuk membina kem Batalion 22 Pasukan Gerakan Am di Kampung Kuala Sapi di Beluran.
  
Katanya setakat ini terdapat 80 pos kawalan dan keselamatan di seluruh Esszone yang dikendali PDRM manakala dua lagi pos adalah kerjasama antara polis dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Sinar Harian..
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2