Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 1 November 2013

PAS pandang serius kedutaan Australia jadi sumber risikan Amerika

PAS memandang serius laporan yang menyatakan bahawa Pejabat Kedutaan Tinggi Australia di Malaysia dijadikan sumber risikan Amerika Syarikat (AS), kata Naib Ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Pendedahan bekas pegawai perisikan Australia, Edward Snowden bahawa pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dijadikan sebahagian saluran risikan Amerika Syarikat (AS) sememangnya mengejutkan semua pihak.

Beberapa akhbar Australia pula mendedahkan laporan risikan tersebut diperolehi daripada pejabat Kedutaan di Bangkok, Jakarta, Beijing, Hanoi dan Diri serta Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan Port Moresby.
Laporan tersebut hadir susulan pendedahan AS didapati mengintip pemimpin luar negara termasuk Canselor Jerman, Angela Markel yang disifatkan sangat memalukan bagi pentadbiran Presiden AS, Barrack Obama.

Operasi risikan yang dijalankan oleh pihak kedutaan AS dan konsulat mereka menggunakan pelbagai mekanisme termasuk pintasan radio, telekomunikasi, dan jaringan internet.

"Pemuda PAS menyifatkan pendedahan tersebut amat merbahaya terutama melibatkan aspek keselamatan negara.

"Soalnya, mengapa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dijadikan sumber risikan untuk AS dan mengapa negara ini dijadikan sasarannya," katanya.

Raja Ahmad berkata, jika Canselor Jerman diintip, maka tidak mustahil pergerakan pemimpin negara juga diintip dan pihaknya tertanya-tanya maklumat yang mahu diperolehi daripada sumber risikan itu.

Katanya, mungkin segala perbualan telefon, sistem pesanan ringkas dan emel milik pemimpin negara mahupun pegawai tinggi keselamatan negara dipintas oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Apa yang membimbangkan ialah jika risikan tersebut adalah untuk kegunaan keselamatan negara tertentu.

“Ia akan mendedahkan negara dengan ancaman dan bahaya luar. Kedaulatan negara akan digugat oleh anasir asing yang boleh memudaratkan negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS mendesak kerajaan menyiasat laporan tersebut dan meminta penjelasan Pesuruhjaya Tinggi Australia berhubung perkara itu.

Katanya, persefahaman dan hubungan baik negara Malaysia – Australia perlu terus dijalinkan tanpa ada sikap prejudis dan skeptikal dengan menggunakan pelbagai kemudahan canggih untuk kegunaan intipan atau risikan.

Selain itu, katanya, sebarang urusan risikan rasmi antara kedua-dua negara, pihak berkenaan perlu menggunakan saluran yang betul iaitu melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mendapatkan maklumat mendalam berhubung isu sulit dan rahsia. – 1 November, 2013.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2