Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 15 November 2013

PANAS!!! RAFIZI RAMLI DEDAH NOH OMAR (KETUA LANUN SELANGOR) DIPERDAYA... KESIAN...

 
70 ahli PKR keluar parti, sandiwara Umno Pandan
 
KUALA LUMPUR - Dakwaan seramai 70 ahli PKR Cabang Pandan keluar parti secara beramai-ramai dan menyertai Umno pada Selasa lalu hanyalah sandiwara semata-mata, sekali gus menunjukkan cubaan Umno untuk menjejaskan keyakinan rakyat Pandan kepada PKR.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa 70 orang tersebut bukanlah ahli PKR yang sebenar sebaliknya mereka adalah pemohon untuk menjadi ahli PKR pada PRU13 lalu, namun borang keahlian itu tidak diserahkan kepada ibu pejabat parti untuk diproses.

"Bila kita semak, mereka bukan ahli PKR pun, saya rasa dia (Aziz) ambil maklumat pemohon menjadi ahli PKR sebelum pilihan raya dan pergi merayu supaya kad pengenalan mereka diberikan kepada orang lain (Umno)," katanya kepada Sinar Harian Online, di lobi Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut dakwaan bekas petugas bilik gerakan PKR Ranting Pandan Utama, Abdul Aziz Jusoh yang mengumumkan keluar parti dan menyerahkan borang keahlian Umno bersama 70 ahli PKR yang lain kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam Selasa lalu.

Tambah beliau, taktik kotor itu sebenarnya hanyalah membuka pekung keterdesakan Umno Pandan yang 'retak menanti belah' susulan pemilihan parti itu Oktober lalu dicemari penipuan.

"Saya rasa Noh Omar diperdaya Umno Pandan kerana mereka baru sahaja selesai pemilihan dan mereka sedang berpecah, ada bantahan kepada yang baru menang ini, ada tipu dan sebagainya.

"Pihak yang menang ini begitu terdesak untuk menunjukkan bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik (kepada Umno), dia tidak tahu apa yang diberitahu kepada Noh Omar," dakwanya.

Ditanya tentang dakwaan Aziz bahawa pejabat PKR cabang Pandan ditutup serta-merta selepas beliau menyertai Umno, Rafizi menafikan perkara tersebut dan menegaskan pejabatnya itu yang terletak di Taman Kenchana masih beroperasi seperti biasa.

"Pejabat kita di Taman Kenchana, tepi jalan itu tidak tutup lagi sebab saya yang bayar, setakat ini masih buka macam biasa," katanya lagi.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2