Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 25 Disember 2014

AMARAN : Penduduk Johor diminta bersedia hadapi banjir


 banjir2
 Penduduk di negeri Johor dinasihatkan supaya bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir yang dijangka pada 28 hingga 30 Disember ini.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Azura Muhammed Kifli berkata hujan lebat dijangka berlarutan lebih daripada tiga hari ekoran luruhan monsun yang mungkin mengakibatkan banjir.

“MKN Johor menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi banjir berdasarkan amaran awal yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman sesawang www.met.gov.my,” katanya dalam kenyataan di sini.


Amaran hujan lebat dan angin kencang sehingga lewat malam ini di beberapa kawasan seperti Segamat, Ledang, Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Kulaijaya dan juga Pontian juga telah dikeluarkan.

Tambah Azura, penduduk di negeri berkenaan diminat supaya peka dan berwaspada dengan keadaan persekitaran mereka dan memantau perkembangan melalui berita dan laman sosial.

Jelasnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai keadaan di Johor melalui laman Facebook Portal Bencana Johor dan juga Twitter @PBencanaJHR.

“Mereka juga diminta supaya bersiap sedia setiap masa sekiranya diminta untuk diarahkan oleh pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.


the rakyat post
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2