Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 9 Disember 2014

Lanun rompak kapal tangki di Pulau Aur

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki bersenjata menembak seorang kelasi Vietnam dan merompak 16 kelasi sebuah kapal tangki di perairan Pulau Aur, selatan Johor pada Ahad.

Lelaki yang cedera ditembak di kepala itu kemudian diterbangkan ke hospital di Singapura dan meninggal dunia di sana.

Serangan lanun itu berlaku pada pukul 5.30 pagi semasa kapal yang membawa muatan asfalt dalam pelayaran dari Singapura ke Vietnam.

Ketua Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa yang berpangkalan di sini Noel Choong berkata pihak berkuasa Singapura menghantar helikopter dan membawa kelasi yang cedera parah itu ke hospital.


Beliau menasihatkan kapal-kapal supaya mengambil langkah-langkah tegas dan memantau kegiatan melanun terutama pada sebelah malam dan melaporkan sebarang serangan kepada pusat itu di Kuala Lumpur untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi mendapatkan bantuan segera.
Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2