Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 10 Disember 2014

Lelaki pukul isteri sehingga mati ditahan

JOHOR BAHRU - Seorang penganggur ditahan polis awal hari ini, dalam tempoh kurang 24 jam selepas dia dipercayai memukul hingga mati isterinya yang baru bersalin. 
 
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supritenden Nor Hashim Mohamed berkata suspek ditahan pada jam 2.45 pagi di kawasan awam di Yong Peng, hampir 100km dari kediaman mereka di sebuah rumah kedai di Jalan Meranti, Taman Sri Pulai, dekat sini. 
 
"Suspek kini ditahan reman dan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.  
 
Mangsa, M. Sila, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri di atas lantai rumah kedai tersebut pada 6.40 pagi semalam. 
 
Wanita itu dilaporkan meninggal dunia kerana kecederaan kepala sebaik tiba di Hospital Sultanah Aminah di sini. 

Sinar Harian..
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2