Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”
Kadar gejala seks bebas
kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan
sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa
yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis
kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat
perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan
azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks
bebas.
Kisah ini diceritakan
kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria
yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini
beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan
masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang
telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran
darinya.
“Dalam saya merawat
seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai
seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun
telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit
putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber
kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras
seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang
petani di kampung.
Suami Jamilah Husin
berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu.
Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan
menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama
peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan
dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur
orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan
melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga
tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin
percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela
nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar
kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya
hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan
Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas
yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan
Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin
tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan
pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata
yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada
mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand
membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba
menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama
ketika itu.
Namun setelah beberapa
jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam
Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat
dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk
beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak
puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah
terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan
dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada
suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan
rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut
bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak
boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama
kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan
sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah
memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka
tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan
akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan
kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik
terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak
Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari
sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun
Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat
50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia
lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang
terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah,
hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan
tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun
kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin
hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah
mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan
menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh
salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan
menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga
yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum
menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti
biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah.
Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk
dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad
tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk
menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di
panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali
ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak
cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah
disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga
pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah
pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak
perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat
ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad
pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu
memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur
di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru
beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali
semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk
diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor
ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin
mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama
itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah
tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat
Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam
bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam
mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat
beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat
Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan
kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat
membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah
pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila
melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup
saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi
diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan
gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari
daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang
besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada
suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup
besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang
bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang
mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah
Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak
berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta
disisihkan Allah.
http://atsixty-zakriali.blogspot.com
Merapu, merepek, penipu, kencing orang punya cerita
BalasPadam