Polis Kanada mendakwa seorang remaja berusia 15 tahun dengan kesalahan berkaitan keganasan pada hari Rabu.
Remaja tersebut didakwa telah melakukan rompakan “untuk faedah, atau ikut arahan kumpulan pengganas” lapor Reuters.
The Royal Canadian Mounted Polis (RCMP)
tidak menamakan remaja itu, namun menyatakan remaja didakwa merancang
meninggalkan Kanada untuk menyertai “aktiviti pengganas di luar negara”.
Remaja itu hadir di mahkamah Montreal pada hari Rabu.
“RCMP tidak akan berhenti dalam usaha
mengenalpasti orang-orang yang menyertai aktiviti pengganas,” Penolong
Pesuruhjaya James Malizia, pegawai yang menjaga RCMP Operasi Kepolisan
Persekutuan, berkata dalam satu kenyataan.
Polis berkata, mereka tidak akan
mengulas mengenai alasan bagi jenis hukuman yang harus dikenakan
disebabkan umur remaja dan siasatan yang sedang dijalankan.
Mereka juga tidak mengenal pasti kumpulan yang remaja itu telah didakwa berkaitan.
the rakyat post