Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 26 Disember 2014

Dua suspek pecah rumah mangsa banjir diberkas


10494871_940317012645055_2587274317608532504_n
 Polis berjaya menangkap dua suspek pecah rumah di Lorong Tok Sira, Kuantan, kira-kira jam 4.45 pagi tadi.

Suspek ditahan ketika anggota MPV melakukan rondaan, selepas menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Orang awam menghubungi IPD Kuantan, setelah ternampak sebuah kereta mencurigakan di kawasan gelap.


Ketika anggota MPV tiba di tempat kejadian, suspek segera menyalakan lampu kereta, lalu melarikan diri dengan cuba merempuh kereta polis.

Suspek dikejar dengan bantuan anggota MPV lain dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang.

Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas kereta yang digunakan dan barangan yang disyaki dicuri, iaitu sebuah televisyen dan peralatan pecah rumah.

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal.

Jurucakap polis ketika dihubungi The Rakyat Post turut mengesahkan, kes pecah rumah membabitkan mangsa banjir bukan pertama kali berlaku.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengawasi kawasan kejiranan mereka, bagi mengelakkan kejadian sama berulang.



The rakyat post
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2