Empat individu
diminta untuk tampil memberi keterangan berkaitan kes penyebaran berita
palsu mengenai bencana banjir yang sedang melanda beberapa negeri
di negara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata
pihaknya sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan
bangunan Pusat Pemindahan di Sekolah Manek Urai yang menjadi viral di
laman sosial beberapa hari lalu.
“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai.
“Beberapa individu telah dikenal pasti
dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata
Mohamed Sharil melalui satu kenyataan kepada media.
Empat individu terbabit ialah:-
1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687) yang alamat terakhirnya 474,Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan.
2. Roslina binti Hassan (No MyKad:
741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong8/SS6, Bandar Tasek
Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang.
3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan.
4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan.
Kesemua mereka diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM Mai Zairani Zainal Abidin di talian 019-3385009 atau Mohamad Syukri Jamaluddin di nombor 019-2869515 dengan segera.
Manakala orang ramai yang mempunyai
maklumat tentang empat individu terbabit juga diminta membantu dengan
menghubungi pegawai penyiasat SKMM.
The Rakyat Post