Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 15 Disember 2014

Nyaris lebur RM10,000

Eddie Ng (kiri) mendengar aduan mangsa yang mendakwa menerima surat tawaran rumah mampu milik palsu.

BALAKONG - Impian seorang pekerja swasta memiliki rumah mampu milik di bawah program kerajaan negeri punah, apabila mendapat tahu surat tawaran diterima adalah palsu.

Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata, beliau didatangi mangsa beberapa hari lalu ketika mahu mendapatkan pengesahan berhubung surat tawaran Rumah Selangorku.

Mangsa mengemukakan permohonan untuk membeli rumah mampu milik itu kira-kira dua tahun lalu.

Mangsa teruja apabila menerima pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp menyatakan permohonannya diluluskan pada Oktober lalu.

Perasaan gembiranya berterusan apabila dia kemudiannya menerima surat tawaran untuk membeli Rumah Selangorku pada bulan lalu.

Bagaimanapun, hatinya hancur selepas mendapat tahu surat tawaran diterima adalah palsu.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana belum membuat sebarang bayaran seperti yang diminta dan merujuk kepada Eddie Ng apabila berasa sesuatu yang tidak kena dengan tawaran diterima.

“Saya hairan bagaimana surat tawaran boleh dikirim pihak ketiga yang dipercayai bukan daripada sebarang agensi ataupun jabatan kerajaan.

“Lebih dikesalkan pihak itu turut menuntut mangsa membuat bayaran deposit sebanyak 10 peratus daripada harga rumah bernilai RM100,000,” katanya.

Eddie Ng turut memberitahu, perkara itu telah memanjangkan perkara berkenaan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Menurutnya, maklum balas secara bertulis yang diterima daripada LPHS telah mengesahkan bahawa tawaran tersebut adalah tidak benar malah agensi berkenaan turut membuat laporan polis agar perkara itu diambil tindakan dan disiasat segera.

LPHS adalah pihak dipertanggungjawabkan menguruskan projek dan satu-satunya agensi yang berhak dan berkuasa mengeluarkan surat tawaran Rumah Selangorku.

Sementara itu, Eddie Ng menggesa orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima surat tawaran pembelian Rumah Selangorku selain daripada yang dikeluarkan oleh  LPHS dan merujuk kepada agensi berkenaan sebelum membuat sebarang bayaran bagi mengelak ditipu.

“Kami dedahkan kes tipu ini supaya tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa selepas ini. Pihak polis digesa mengambil tindakan segera terhadap laporan yang dibuat bagi memastikan tiada sesiapa menanggung  rugi,” katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2