Gara-gara mencuri dua bungkus susu
tepung Dutch Baby Step 1 serta dua botol kicap cap Kipas Udang di sebuah
pasaraya, seorang ibu yang mempunyai enam anak dipenjara enam hari dan
didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Hukuman tersebut diputuskan Majistret,
Norina Maludin terhadap Rasmah Joles, 40, dari Tanjung Minyak yang
mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa
mahkamah.
Selain susu dan kicap, tertuduh juga
didakwa mencuri barangan lain iaitu empat batang pensil mekanikal jenama
Pilot, serbuk minuman Super Power dan Tongkat Ali, ubat gigi Colgate
dan Scoth Brite.
Tertuduh didakwa mencuri semua barangan
bernilai RM138.20 milik Pasaraya Giant di Jalan Tun Fatimah Bachang,
kira-kira jam 9.30 malam pada 26 November 2014.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut
Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga
10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.