Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 24 Disember 2014

Konkrit cair terminal LRT runtuh, tiga tertimbus


Depo LRT runtuh3-M
KL 24 Disember:
Tiga mangsa dipercayai tertimbus akibat runtuhan konkrit cair bagi binaan lantai terminal Transit Aliran Ringan (LRT) di Putra Height petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.29 petang Rabu.

Jentera serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Shah Alam dan Puchong segera dikerah ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan runtuhan konkrit cair bagi binaan lantai depoh LRT berkeluasan anggaran 30’x30′ (90 kaki kaki persegi)
“Kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya.


Setakat ini semua mangsa belum ditemui.

Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang di tapak pembinaan bangunan Stesen LRT di Kuala Sungai Baru itu, dianggarkan 11 orang pekerja sedang meletakkan konkrit cair berkenaan di atas pelantar di tingkat satu manakala dua pekerja lagi sedang bertugas di bawah.

Tiba-tiba tapak konkrit berkenaan runtuh berserta besi perancahnya sekali mengakibatkan semua perkerja di atas jatuh bersama runtuhan dan menghempap dua pekerja yang berada di bawah.

Daripada jumlah itu, empat pekerja mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala tiga orang pekerja warga Bangladesh serta Indonesia terperangkap di bawah runtuhan dan belum dijumpai.

Polis yang turut bersama anggota pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha mencari mangsa yang tertimbus dibantu Unit Anjing Pengesan (K9).

Sebelum itu khabar yang disebar di laman sosial menyatakan runtuhan itu berlaku di tapak projek sistem Transit Aliran Massa (MRT).

Bagaimanapun pihak MRT Corporation sudah mengeluarkan kenyataan menafikan ia berlaku di tapak projeknya.

TheRakyatPost


Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2