SEREMBAN - Seorang gadis berusia 24 tahun berjaya menyelamatkan diri
daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di pekarangan tempat letak
kereta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar Nilai,
pada 18 Disember lalu.
Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Balqis
disamun dan dicederakan di bahagian kepala, sebelum dibawa ke kawasan
sunyi untuk dirogol.
Menurut sumber, berdasarkan laporan polis yang dibuat, semasa kejadian,
mangsa yang menaiki kereta api komuter itu baru sahaja sampai dari KL
Sentral kerana bekerja.
Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, katanya, mangsa dihampiri
sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih, sebelum keluar seorang
lelaki memakai topi kaledar, memecahkan tingkap cermin pemandu
menggunakan tukul besi.
“Difahamkan mangsa cuba melawan, namun penjenayah tersebut terus
memukulnya di bahagian muka sehingga menyebabkan mangsa menjadi lemah.
“Lelaki berkenaan turut berjaya mengambil kunci kereta, beg tangan
serta sebuah beg berisi komputer riba, sebelum menyerahkan kepada
rakannya yang sedang menunggu di sebelah,” katanya.
Menurutnya, keadaan menjadi bertambah serius apabila suspek cuba
merogol dengan membawa kereta mangsa ke tempat sunyi di sebuah kawasan
stesen kereta api berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak sempat melakukan apa-apa berikutan
terdapat sebuah kereta api melalui kawasan itu dan berhenti di stesen
tersebut.
“Suspek dan rakannya kemudian melarikan diri dengan semua barang yang disamun dari mangsa.
“Sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Nilai
dengan bantuan bapanya yang tiba sebaik saja mangsa menghubungi
ayahnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Roning Abdullah
berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini masih tiada
sebarang tangkapan dibuat.
Beliau berkata, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan dan
beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil ke
balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
sh
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
2 tahun yang lalu