Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 18 Disember 2014

Kahwin muda: Penekanan pada tahap kematangan – Imam Muda Ashraf

pasangan

Tahap kematangan perlu menjadi kayu ukur bagi golongan remaja yang ingin mendirikan rumah tangga di usia muda.

Menurut Imam Muda Ashraf, daripada sudut psikologi, mereka yang berkahwin pada usia muda kebiasaannya berdepan masalah kematangan dan juga tanggungjawab.

“Perkahwinan dalam Islam tidak menetapkan had umur, namun dari segi psikologinya, ada yang mengatakan golongan muda ini akan berhadapan permasalahan kematangan dan juga tanggungjawab.

“Dua aspek ini, sudah tentu berbeza dengan orang dewasa yang sudah melalui kehidupan lebih lama daripada mereka,” katanya kepada The Rakyat Post. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkahwinan satu pasangan muda yang menjadi viral di Facebook, kebelakangan ini.

Muhd Muaz, 15, bernikah dengan Amiera Nur Ezati, 17, yang dikatakan mendapat restu kedua ibu bapa mereka dan bukanlah berkahwin atas dasar paksaan.

Menjelaskan perkara berkenaan, pendakwah terkenal itu menjelaskan, hukum perkahwinan dalam Islam ada lima.

Jatuhnya satu-satu hukum ke atas perkahwinan itu adalah berdasarkan situasi perkahwinan itu sendiri dan orang yang bakal berkahwin.

“Dari segi halal, memang sudah halal. Cumanya dalam perkahwinan ini ada lima hukum, iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram.

“Sekiranya perkahwinan itu akan mendatangkan kebaikan, khususnya selepas mereka dinikahkan, maka hukumnya adalah harus.

“Tetapi, sekiranya lelaki itu berniat menganiaya wanita yang dinikahinya, maka jatuh hukum haram,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, Muaz dalam catatan Facebooknya menegaskan, perkahwinan dengan gadis yang dua tahun lebih tua daripadanya itu, bukan atas dasar paksaan.

Menurutnya, kedua-dua keluarga bersetuju dengan pilihan hati mereka dan mempercepatkan perkahwinan selepas mengetahui hubungan mereka.

Muaz berkata, dia mungkin akan menamatkan persekolahannya, kerana ingin menyara isterinya.

Pasangan muda itu berkahwin pada 30 November lalu, dipercayai diadakan di Johor.
 
The Rakyat Post
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2