Semangat 1990 sangat penting untuk dihayati
Semasa berucap merasmikan muktamar Pas kawasan Kota Bharu minggu
lepas, Husam Musa menyaran dan mengingatkan ahli-ahli Pas khasnya di
Kelantan supaya mengenang semangat 1990 yang membawa kemenangan besar
kepasa Pas sehingga berjaya merampas balik Kelantan daripada Umno.
Semangat itu mutahak untuk dikenang sepanjang masa, ujarnya.
 |
Nik Amar, Husam elak pertembungan. |
Menurutnya semangat berkorban dan kesetiakawanan sangat tinggi waktu
itu. Semangat itulah menjadi rahsia kepada kejayaan besar Pas yang
berpakat dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah untuk
membentuk semula kerajaan negeri selepas 'tergadai' ke tangan Umno
selama 12 tahun. Berkat kerjasama itu menyebabkan Umno tidak menang satu
kerusi pun.
Saya bersetuju dan sependapat dengan Husam didalam hal ini. Sesuatu yang
baik yang pernah membuktikan kejayaan hendaklah dikenang senantisa,
dijadikan azimat dalam perjuangan dan jangan sesekali mengalpakannya.
Itulah juga pun manfaat sejarah untuk dikenang. Sejarah akan menjadi
cermin mengislah akidah dan langkah perjalanan kita sekiranya ia sudah
mula agak tersasar.
Selain mempunyai semangat berkorban dan
kesetiakawanan yang tinggi, waktu juga semua pemimpin Pas baik kecil dan
besar, menurut Husam berlumba-lumba berkorban dan berusaha menunjukkan
akhlak yang baik sebagai pejuang Islam seperti mana Omar Khattab, Umar
Ibnu Aziz atau Abu Bakar Siddiq maupun Rasulullah s.a.w. sendiri. Tahap
pengorbanan dan keihlasan mereka sungguh tinggi.
Sebagai contoh beliau menyebut bagaimana dua Exco Kelantan, Ustaz Yahya
Othman dan Hassan Abdullah (kedua-dua Allayarham) tidak mengambil elaun
perjalanan mereka. Ustaz Yahya hanya mengambil wang tambang kapal
terbang dan hotel sahaja. Apa dilakukan Yahya dan Hassan itu adalah
mereka yang mahu membuktikan apa yang mereka ucap ataupun yang menjadi
aspirasi parti atau kerajaan.
Nik Aziz sendiri yang menjadi MB kata Husam telah memulangkan wang
gajinya sebanyak 45% kepada kerajaan atau parti sebagai simbolik
semangat berkorban untuk negeri. Ia berlainan dengan keadaan hari ini
ada Exco sengaja mengadakan perjalanan jauh kerana mahukan elaun?
Terbaru ada exco yang bertukar ganti kereta walaupun kereta lama masih
baik dan sempurna.
Jadi semangat itu hendaklah diteruskan jangan ada pemberhentian atau pun orang-orang Pas sudah mula merasai semangat atau wisdom
itu tidak lagi diperlukan. Kemenangan gemilang itu pula penting dan
memberi signifiken besar kepada Pas Kelantan. Hasil daripada kemenangan
itu kerajaan Pas berjaya menggubal undang-undang Islam bernama Enekmen
Jenayah Syariah Islam yang didalamnya terkandung hukum hudud. Suka tidak
suka kerajaan Pas Kelantan mencatat sejarah sebagai negeri pertama
mempunyai undang-undang Islam (hudud) di Malaysia.
Seandaianya tidak ada halangan dan bantahan langsung dari kerajaan Pusat
menerusi bekas perdana menteri sendiri Dr Mahathir Mohamad yang menulis
surat memberi amaran keras jika ia dilaksanakan, sudah pasti Kelantan
kini menjadi negeri satu-satunya melaksanakan hudud.
Bagaimana pun seperti dijelaskan Husam enekmen itu perlu masuk ke fasa
kedua iaitu melaksanakan. Kerajaan Kelantan sekarang ini harus berusaha
untuk melaksanakannya dan jangan enekmen itu tinggal di atas kertas saja
bagi mengelakkan kerajaan Kelantan akan ditanya Tuhan di akhirat besok.
Mereka yang berkuasa hari ini perlu berfikir dan berikhtiar bagaimana
untuk materilisasikan sesudah ianya diwujudkan dengan penuh pahit getir.
Kalau Nik Aziz menggubal hudud maka Ahmad Yakub kena melaksanakannya.
Semangat setiakawan menipis?
Persoalannya kini apakah bila Husam membangkitkan soal itu menunjukkan
semangat berkorban dan kesetiakawanan itu sudah mulai menipis di dalam
Pas khasnya di Kelantan waktu ini?
Pas telah memerintah Kelantan selama 23 tahun dengan Nik Aziz Nik Mat
menjadi MBnya. Boleh jadi dalam tempoh itu ramai yang sudah terlupa
mengenai bagaimana susah dan payah Pas untuk menawan Kelantan tahun 1990
atau berjuang menaikkan semula maruah Pas selepas kalah tahun 1978.
Atau mereka yang baru melangkah kaki ke dalam Pas tidak merasa perit dan
pedihnya, kaki tidak terpijak duri dan onak, kaki masih mulus dan
licin. Atau tidak pernah menaiki bot untuk berceramah tidak, seperti
hari ini untuk meninjau kawasan balak menaiki helikopter? Mungkin,
kerana itu Husam mengimbaukan sejarah itu untuk dijadikan iktibar agar
ianya dikenang dan akan diambil sebagai peringatan.
Sewajarnya kalau sejarah itu dikenang baik dari segi susah payah dan
kegigihan Pas berjuang menentang Umno. Husam sebagai orang yang terlibat
berada di tubir perjuangan itu sangat memahami keadaan pada masa itu
dan juga mengenai tribulasi dan 'manhaj' kepimpinan Tokguru Nik Aziz.
Apa lagi peranannya sebagai setiausaha akhbar kemudian menjadi
setiausaha politik arif dengan pahit maungnya. Begitu juga dengan
pemimpin lain yang sebaris atau berada di bawah Husam yang menjadi ketua
pemuda Pas Kelantan pada masa itu, sepeti Mohd Amar Nik Abdullah,
Takiyuddin Hassan, Wan Nik Wan Yusuf dan lain-lain.
Sikap berkorban dan kesetiakawanan di kalangan pemimpin Pas ini memang
ternampak pada waktu itu. Ini terbukti selepas satu dekad setengah Pas
merintah, Kelantan masih tenang dan segala pergolakan bagaikan taufan
dan gelombang dapat diatasi. Semua itu kerana keikhlasan dan berkat
semangat setiakawan.
Tidak ada sikap berpuak-puak atau 'berkerajaan kecil' didalam Pas.
Semuanya patuh dan taat serta seronok membangun negeri dengan apa yang
ada. Semuanya tidak jemu-jemu melahirkan idea dan cadangan bagaimana
hendak menjaya Kelantan. Cabaran hebat dihadapi Nik Aziz selaku MB dari
pihak Umno dan pihak-pihak lain hatta termasuk pegawai kerajaan yang
bernaung di sebalik aling-aling istana pun mampu dilawan secara
berpasukan, dan menang.
Bagaimana pun selepas dua dekad Nik Aziz menjadi MB, keadaan sudah mulai
berubah. Bukan saja sikap berkorban dan ikhlas untuk membantu rakyat
sudah mulai terhakis, tetapi semangat setiakawanan juga sudah mulai
menirus. Ini semua ialah kerana kuasa dan kedudukan. Keempukan kerusi
sebagai wakil rakyat atau exco menjadikan mereka sudah melupai asul
usulnya. Pengetahuan bagaimana hendak mengeksploitasikan kekayaan negeri
mula perlahan-lahan menghakiskan jatidiri sebagai pemimpin Pas.
Kekuasaan dan pengetahuan ini membawa kepada wujud angan-angan untuk
melonjak kedudukan lebih tinggi sampai menjadi pengganti kepada MB,
exco, timbalan exco, speaker, pengerusi GLC dan sebagainya.
Fenomena ini tidak berlaku kerana kehendak individu-individu (pemimpin)
tertentu tetapi ia dipupuk oleh orang bawahan yang menjadi pengikut
masing-masing. Orang bawahanlah menjadi 'karak' dan jamung. Mereka
membuat benteng untuk menjaga tokoh mereka naik dan menjamin tokoh lain
turun agar tidak melanggar cita-citanya. Dakwa mendakwi pun berlaku,
kononnya si anu tidak layak kerana janggut tidak panjang manakala si anu
itu pula lemah tidak padai dan tahu politik. Si anu disukai Nik Aziz si
anu sudah dibenci Nik Aziz. Jurang menjadi luas lagi apabila cemuh
mencemuh ini melebar ke dalam media baru tidak terkawal. Menjadi lebih
teruk lagi apabila 'calo-calo' atau juragan-juragan politik terus diberi
mata dan kekayaan (balak, besi dan tanah).
Fenomena ini akhirnya mewujudkan puak yang ketara di Kelantan.
Penguduran Tokguru Nik Aziz menyebabkan sikap kepuakan ini semakin jelas
dan nyata lagi. Apa lagi didalam proses transisi kerajaan ini ada yang
tercicir dan ada yang bernasib baik, menyebabkan berlaku cemburu,
prejudis dan dendam mendedami di antara satu sama lain secara senyap.
Hari ini ia sudah bersemerak menjadi kudis buta yang bakal menjadi barah
kepada Pas. Tidak mustahil kalau ia tidak dibendung Pas akan kehilangan
Kelantan di masa akan datang, paling cepat dalam PRU ke-14. Perlu
disebut luasnya jurang permisahan dan wujud puak ini ialah kerana
kelemahan Nik Aziz untuk membendung dan menegurnya secara vokal.
Atas maslahat itulah barang kali Husam menyeru dan mengingati semua
pihak di dalam Pas Kelantan agar kembali merenugi denai-denai yang
dilalui 23 tahun lepas, merasai akan kehangatan semangat berkorban dan
kesetiakwanan yang telah membawa kejayaan mega buat Pas.
Dalam hubungan dan senario hari ini saya ada pandangan kecil kepada Pas
Kelantan. Kita tahu hari ini Pas disinggahi dengan sindrom pemilihan
pemimpin dan juga pengganti pemimpin yang sudah dianggap tidak relevan
lagi. Dari Pas Kelantan sendiri ada kedengaran akan mengemukakan dua
tokoh yang akan diangkat ke level tertinggi selaku timbalan presiden
Pas.
Dua tokoh itu ialah Mohd Amar Nik Abdullah dan juga Husam Musa. Mohd
Amar (Nik Amar) kini adalah timbalan menteri besar Kelantan. Atas
kapasiti itu menyebabkan pendokongnya merasakan Nik Amar layak untuk
menjadi timbalan presiden Pas dan relevan dengan kedudukan dalam
kerajaan. Sementara di pihak Husam pula merasakan Husam lebih layak dan
sesuai selaku pemimpin diletakkan untuk mengemudikan Pas dimasa depan
berdasarkan pencapaian dan prestasinya juga ilmu dan politiknya.
Kurang penglibatan Husam di Kelantan kerana tidak berada dalam barisan
Exco juga dilihat faktor utamanya kenapa beliau harus bermain di
peringkat atas bagi mengukuhkan Pas secara global. Kedua-dua nama itu
sudah mendapat pencalonan.
Jangan rugikan Kelantan
Dari segi politik dalam koneks Kelantan kalau kedua-dua tokoh ini
dicalonkan bertanding kerusi yang sama ia merugikan. Ia bukan satu
tindakan politik jangka panjang yang boleh membawa keharmonian di
Kelantan tetapi merugikan Kelantan yang memerlukan kedua mereka sebagai
aset. Apakah kata kalau mereka ini dibenarkan bertanding tetapi bukan
merebut kerusi yang sama? Pas Kelantan harus bijak dan adil. Perkara ini
juga wajar diperhatinkan Nik Amar dan Husam sendiri.
Kedua mereka juga mendapat pencalonan untuk merebut kerusi naib
presiden. Apakah kata kalau salah seorang bertanding di kerusi naib
presiden dan seorang lagi di kerusi timbalan presiden. Carilah siapa
paling sesuai dan tuntas untuk bertanding di kerusi mana, asalkan elak
mereka bertembung dalam kubang sama. Sekiranya Husam hendak diletakan
bermain diperingkat nasional, elok kalau Pas Kelantan
endorce
agar Husam dicalon bertanding dikerusi timbalan presiden. Manakala
sesuai dengan kedudukannya Nik Amar bertanding di kerusi naib presiden.
Logiknya Nik Amar masih pun belum menjamah kerusi naib presiden tidak
seperti Husam. Tidaklah menyuruh Nik Amar ke atas terlalu cepat dan
dilihat tamak?
Saya cukup yakin memang ada kompromi bagi mengelakkan kedua-dua anak
didik Tokguru Nik Aziz ini bertanding kerusi sama. Ia mungkin sudah
dirancang demikian rupa. Nama Nik Amar hanya sengaja dijaja untuk
jawatan itu tetapi jawatan yang diidamkan naib presiden. Tetapi kalau
kompromi itu berlaku diperingkat pusat maskdunya dibuat diluar Kelantan
ia tidak menyerlahkan semangat Kelantanis sebenarnya.
Apa yang kita mahui ialah kompromi berlaku di Kelantan. Semangat 1990
seperti mana disebut Husam itu hendaklah direalisasikan. Sekiranya ini
boleh berlaku, politik Pas Kelantan akan tenang dan kukuh. Kekukuhan ini
juga tidak akan memberi gangguan-gangguan kecil kepada Ahmad Yakub yang
baru lima bulan mengambil alih kepimpinan negeri dari Tokguruku Nik
Aziz.
Persefahaman ini juga membolehkan Nik Amar terus berkerjasama bersama
Ahmad Yakub untuk membangunkan Kelantan. Dan seandaianya Husam dilepas
kepada pusat, beliau juga tidak akan termimpi-mimpi sesuatu yang sudah
hilang untuknya di Kelantan, dan dengan itu beliau boleh membantu Ahmad
Yakub dengan baik. Paling penting Pas Kelantan akan diiktiraf sebagai
bijaksana dalam penyelesaian politiknya, dan mereka tidak terlepas aset
penting bagi memastikan kerajaan Pas Kelantan stabil.
[wm.kl.1:21 pm 24/09/13]
http://msomelayu.blogspot.com