Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 18 September 2013

Panas!! “Selagi aku hidup, selagi aku Pesuruhjaya, takkan kulayan benda (kerjasama PAS-Umno)


pc rani 2 

SHAH ALAM, 18 SEPTEMBER“Selagi aku hidup, selagi aku Pesuruhjaya, takkan kulayan benda (kerjasama PAS-Umno) ini, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Beliau berkata, Umno-BN hanya menghulur tangan untuk berbaik-baik hanya apabila mereka dalam keadaan ‘lemas’ dan cuba mendapatkan bantuan demi survival politik mereka.

Katanya, Umno BN perlu merubah dasar perjuangan mereka jika benar-benar mahu bekerjasama dengan PAS dalam soal penyatuan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Berdasarkan pengalaman, kalau dia menghulurkan tangan, dia sedang dalam keadaan nak lemas. Dia (Umno-BN) ada krisis. Pengalaman mengajar kita,” katanya.

Laporan media hari ini memaparkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerjasama antara PAS dan Umno untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam bukan mustahil.

Bercakap pada sidang media, Abdul Rani berkata, hal itu berulang kali dimainkan tetapi Umno BN tidak memperlihat kesungguhan sebaliknya membuat banyak halangan seperti isu air Selangor.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib pula berkata banyak dasar Umno yang zalim dan tidak dipersetujui PAS menyebabkan kerjasama sukar berlaku.

“Kita lihat sekarang ada usaha untuk mengembalikan ISA, ini akta zalim. Banyak pemimpin Pas yang dihukum menggunakan akta itu.

“Kalau masih dengan dasar zalim, macam mana mahu bekerjasama? Muryidul Am selalu tegaskan – mahu kerjasama Umno perlu ubah kepada Islam,” kata bekas tahanan ISA itu.

- FZL

Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2