Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 30 September 2013

PANAS!!! LAGI ADA PERTIKAIKAN RM20 JUTA BAYAR KEPADA McKINSEY & CO,,

 Bayar RM20 juta pada McKinsey, mana pakar pendidikan negara?”

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Kerajaan tidak menghormati pakar pendidikan negara apabila memilih untuk membayar sebanyak RM20 juta kepada firma perunding McKinsey & Co bagi merangka Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP).

Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang turut mempersoalkan sikap sebenar kerajaan terhadap Institut Aminuddin Baki yang sepatutnya dimanfaatkan untuk membaiki prestasi pendidikan negara.
“Saya sangsi dengan bayaran RM20 juta kepada firma luar negara yang tidak memahami secara sempurna kedudukan sebenar pendidikan dan budaya di Malaysia berbanding institut pendidikan tempatan.

“Malaysia juga memiliki Majlis Profesor Negara yang juga boleh dimanfaatkan untuk merangka kaedah pendidikan terbaik yang boleh ditawarkan untuk diaplikasikan dalam semua sistem pendidikan Malaysia,” katanya.

Mantan Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Malaysia itu menambah, masalah pendidikan negara juga bukan berpunca daripada kegagalan merancang tetapi sistem pelaksanaan yang disifatkan kelam kabut.
“Kita tengok sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kegagalan kerajaan menyelidik sistem ini terlebih dahulu menyebabkan berbilion wang rakyat hangus dikerjakan.

“Kebanyakan sistem pendidikan negara juga menyebabkan kakitangan, guru dan murid keliru dengan matlamat sebenar pendidikan dan akhirnya apa yang dikejar terlepas yang dikendong berciciran,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurut mantan Pengarah Pendidikan Kuala Lumpur itu lagi, beliau yakin situasi yang sama berlaku terhadap PPP kerana tiada pelan yang membawa cadangan yang baru dan segar.

“PPM lebih banyak memaklumkan kelemahan yang terdapat dalam pendidikan di Malaysia tanpa memberikan langkah penyelesaian yang lebih konstruktif dan komprehensif.

“Lebih mengaibkan, ada cadangan tersebut sudah dibincangkan sejak tahun 2000, ini sangat memalukan dan pembaziran wang rakyat secara jelas kerana kerajaan sedang berniaga pendidikan dengan kroninya,” katanya.

Abbas turut mencadangkan sekiranya kerajaan berhasrat membaiki prestasi pendidikan, sepatutnya sekumpulan pakar pendidikan dihantar ke luar negara untuk meneliti kaedah pendidikan yang digunakan negara maju.

“Kalau mahu jimat perbelanjaan, buat sahaja lawatan kerja ke Thailand atau Singapura untuk menilai sistem yang mereka gunakan, dahulu Thailand jauh ketinggalan tetapi sekarang mereka sudah mendahului kita,” jelasnya.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2