Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 8 September 2013

Terkini!! Anwar nafi wujudkan kerajaan perpaduan


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila cadangannya untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan diputarbelitkan pemimpin Umno.

Anwar juga mengulangi pendirian dan menafikan bahawa dialog kebangsaan itu bukannya untuk membincangkan soal kerajaan perpaduan seperti mana yang dilakukan oleh sebilangan kecil bekas pemimpin Pas tidak lama dahulu.

"Dia (Khairy) tidak baca mesej merdeka saya, kenyataan saya hanya merujuk kepada hal itu (dialog).

"Saya hanya sentuh empat isu iaitu tadbir urus, jenayah, ekonomi dan hubungan kaum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan cadangan dialog terbuka itu.

Hishammuddin juga mengakui isu itu antara dibincang dalam mesyuarat MT Umno pada 30 Ogos lalu yang mencapai keputusan kolektif dan menyuarakan kemusykilan terhadap niat sebenar usul itu dikemukakan sekian lama Anwar mengambil pendekatan tidak berkompromi dengan sebarang rundingan dengan Umno.

Dalam pada itu, Anwar juga mempersoalkan tindakan Khairy yang mempertikaikan cadangannya dengan menyifatkan ia sebagai kegagalan Umno dan kepimpinannya.

Beliau menegaskan Khairy juga perlu berani menyahut seruannya mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan'.

"Dia (Khairy) pun takut untuk berdialog, apa yang dia mahukan? Berdebat pun dia tidak bersedia, apatah lagi berdialog secara terbuka.

"Tiada negara demokrasi yang mana kerajaannya menolak untuk mengadakan dialog dengan pembangkang," katanya lagi.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2