Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 10 September 2013

PANAS!!! KUMPULAN TOLAK HUKUM ALLAH... BERKUMPUL PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH.. PELIK TAPI BENAR.!!


        Penyokong k'jaan berhimpun di Istana Kehakiman
 
Sekumpulan kira-kira 300 orang penyokong kerajaan berhimpun di luar kompleks Istana Kehakiman pagi ini sementara menunggu kes rayuan isu kalimah 'Allah' di Mahkamah Rayuan.

Kumpulan penyokong terbabit, sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) berkumpul membaca surah Yaasin di pintu masuk kompleks mahkamah tersebut.

Kumpulan lelaki dan perempuan itu, antara lainnya dipimpin Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail, berhimpun sejak kira-kira jam 8.40 pagi.
Sebahagian daripada peserta lelaki bacaan Yaasin memakai pengikat kepala berwarna merah dengan tulisan 'Perkasa' dan sebahagian yang lain pula memakai baju-T bertulisan "Allah Just For Muslim, Fight No Fear".

Sebahagian besar peserta perempuan pula, yang berpakaian warna merah putih, duduk di sebelah kanan pintu masuk mahkamah.

Polis yang berkawal di sekitar mahkamah menyaring orang awam yang keluar dan masuk ke kompleks mahkamah.

Sementara itu, kumpulan Kristian yang diwakili beberapa peguam dan beberapa rahib turut berada di dalam galeri mahkamah mengikuti perbicaraan.

Kumpulan Kristian tersebut melibatkan Sidang Injil Borneo Sabah, Majlis Gereja Sabah dan Persatuan Gereja Sarawak.

Turut hadir adalah badan Kristian utama semenanjung, termasuk Majlis Gereja dan Persekutuan Kristian Malaysia dan Sidang Injil Borneo Semenanjung.

Kumpulan Kristian terbabit menjadi pemerhati dalam kes berkenaan.
Tujuh majlis agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia juga menjadi pemerhati dalam kes tersebut.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2