Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 11 September 2013

Lawan Terus Lawan!!! Pas fail rayuan penolakan petisyen PRU di Perak

KUALA LUMPUR - Pas mengemukakan rayuan terhadap penolakan petisyen pilihan raya melibatkan lima kerusi dewan negeri di Perak.
  
Peguam bersama yang bertindak bagi pihak parti itu, Gene Anand Vendragon, ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa pengurusan kes untuk rayuan bagi kawasan Rungkup, Manong dan Pasir Panjang telah ditetapkan pada Khamis. 
  
Pengurusan kes bagi Lubok Merbau dan Selama ditetapkan 19 September.
  
Pas memenangi lima kerusi negeri, berbanding DAP 18 dan PKR lima dalam pilihan raya umum Mei lepas, dengan Barisan Nasional kini menguasai 31 daripada 59 kerusi dewan berkenaan.
  
Anand berkata, Pas membuat rayuan terhadap kerusi kawasan itu di mana parti itu kalah dengan jumlah undi yang kecil antara 100 dan 500.
  
Peguam itu berkata, semua petisyen itu ditolak atas sebab-sebab teknikal.
  
Peguam utama Datuk Bastian Pius Vendragon akan mewakili pempetisyen di Mahkamah Persekutuan.
  
Sejumlah 58 petisyen difailkan oleh parti politik di Semenanjung Malaysia, bilangan tertinggi didaftarkan di Perak dengan 11 petisyen, diikuti oleh Kelantan dengan sembilan.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2