Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 27 September 2013

Berita Panas!!! Belanja RM20 juta : Tun Mahathir Tibai Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.

Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai".

"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti.

Pembangkang mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat firma pakar runding dalam penyediaan PPPM.

Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.

Muhyiddin enggan mengulas lanjut mengenai hal itu tetapi berkata kerajaan akan mengumumkan butiran perbelanjaan itu kelak.

Pelan PPPM menyenaraikan 20 individu yang berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian dari projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan, serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman.

Dalam sebuah jawapan diberikan di Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa McKinsey and Co dibayar RM20,566,400 bagi penyediaan pelan pendidikan negara.

Bayaran tersebut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada fasa pertama membabitkan sejumlah RM4,706,400 dan fasa kedua pula sebanyak RM15,860,000.

Menyentuh mengenai kedudukan universiti Malaysia yang jatuh setiap tahun, Dr Mahathir berkata kerajaan terlalu "gopoh" khususnya dengan membuka terlalu banyak universiti dan kolej, disamping tenaga pengajar berkualiti yang tidak mencukupi.

"Kerajaan terlalu gopoh... kualiti tenaga pengajar juga kurang," kata Dr Mahathir.

Ranking universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking baru-baru ini yang menunjukkan bahawa rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini.

Hanya tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan hanya Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini. - 27 September, 2013.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2