Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 16 September 2013

Terbukti!!! Pakatan Rakyat untungkan PAS, kemenangan kerusi di Selangor buktinya


pakatan 

SHAH ALAM 16 SEPT – Kerjasama erat PKR-PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat menjadi formula ampuh yang membawa kepada pertambahan kerusi di Selangor, kata Khalid Samad.

“Di Selangor, jelas PAS mendapat keuntungan besar hasil wujudnya Pakatan Rakyat apabila jumlah kemenangan kita meningkat sehingga 15 kerusi,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Kemenangan kerusi PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertambah kepada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding sembilan pada PRU 12.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siyasi) dalam Pakatan berikutan mendakwa pengaruh parti itu dilihat semakin lemah.

Namun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan supaya kajian itu hanya untuk menambah baik kerjasama, bukannya membawa tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid berkata, pihak yang beranggapan sebaliknya mungkin berada dalam realiti lain, dan pastinya bukannya di Selangor.

“Pakatan tidak merugikan PAS dan kajian semula kalau ingin dilakukan adalah untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi Pakatan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

- FZL
Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2