Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 10 September 2013

Panas!! Pemimpin Umno Sudah Bertumbuk sesama sendiri... kah kah kah kah....


Hishamuddin selar Jazlan, “tarik perhatian” untuk menang MT Umno

Kenyataan ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa rakyat sudah muak dengan Umno ekoran gagal menunaikan janji mereka adalah cubaan "menarik perhatian" menjelang pemilihan Umno, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Hishammuddin menegaskan, kenyataan Nur Jazlan itu adalah tidak tepat memandangkan Umno berjaya menambah kerusi dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu awal hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.

"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah.

"Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka baru yang memimpin parti.

"Pencalonan saya kali ini bertujuan mengejutkan ahli Umno dan kemasukan muka baru dapat membantu parti melakukan perubahan dengan lebih cepat," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya.

Menurut Hishammuddin, prestasi memberangsangkan Umno ketika pilihan raya jelas menjadi kayu pengukur kepada parti majoriti Melayu dalam Barisan Nasional (BN) itu sekaligus menyanggah kenyataan Nur Jazlan.

"Tuduhan itu ada yang tak kena, tak mungkin Umno boleh menang, dan tambah kerusi, dalam pilihan raya ... itu tanda aras sokongan rakyat kepada Umno, tegasnya yang juga pemangku kerusi Menteri Pengangkutan.

Pada pemilihan Umno 2008, Nur Jazlan pernah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno namun menarik diri pada saat akhir ekoran kurang pencalonan dari Umno Bahagian Johor yang pada ketika itu sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai calon. – 9 September, 2013.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2