Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 21 September 2013

Berita Panas Berapi!! Penentang gelar Khairy Jamaluddin Abu Bakar ( KJ) “Bangla”


Syed Rosli Syed Harman Jamalullail bercakap kepada pemberita selepas menghantar borang pencalonannya. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 September, 2013.Syed Rosli Syed Harman Jamalullail bercakap kepada pemberita selepas menghantar borang pencalonannya. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 September, 2013.

Penentang Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia itu, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu "ibarat Bangla", merujuk kepada warga Bangladesh.

Beliau mengakui mempunyai kelebihan kerana bersekolah di dalam negara dan berkata, hanya mereka yang membesar dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.

"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam Bangla datang, umur 20 tahun datang Malaysia, hendak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tidak pernah bersekolah di Malaysia pun.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Syed Rosli berkata, kelebihan belajar dan merasai suasana dalam negara adalah kelebihan yang dimilikinya, sekaligus mampu membawa suara akar umbi parti ke peringkat lebih tinggi.

"Saya membesar di Malaysia saya susah di Malaysia, jadi saya memahami apa masalah di akar umbi.

"Khairy memang ada kelebihan tetapi beliau gagal untuk memahami masalah apa gunanya kamu belajar tinggi?" katanya.

Syed Rosli adalah antara calon yang akan menentang Khairy dalam pemilihan Umno kali ini.

Selain beliau, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi turut menghantar borang pencalonan menentang Khairy secara rasmi hari ini.

Syed Rosli turut mengangkat sumpah laknat di ruangan pencalonan sekaligus mencetuskan sedikit kekecohan.

"Saya dengan ini bersumpah laknat untuk tidak mengamalkan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa.

"Saya berjanji akan menjadi seorang pemimpin yang bersih jika diberi peluang memimpin Pemuda Umno," katanya. - 21 September, 2013.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2