
Malah ada antara mereka menetap di kampung sama dan IC dikeluarkan di negeri sama.
“Sejak media mendedahkannnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikannya sekaligus membuktikan RCI ini hanya wayang untuk meredakan kemarahan rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Mengulas lanjut Johari berkata, pada 22 Mac lalu Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming turut mendedahkan lebih 7,000 pemegang IC Merah dan Hijau yang bukan rakyat Malaysia tersenarai dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Malah semakan Ong mendapati nombor IC Merah bernombor H6000000 hingga H6040000 dan nombor IC Hijau dari H8000000 hingga H8040000 itu dibekal Ketua Jabatan Kad Pengenalan JPN Sabah dan Sarawak, Ruslan Alias ketika RCI Sabah masih berjalan.
“Sebab itu kita melhat akhirnya RCI ini hanya memanggil saksi dan selepas itu membuat kesimpulan retorik tanpa mendakwa dalang sebenar di sebalik skandal ini,” katanya lagi.
Najib mengumumkan RCI itu pada 1 Jun 2012 walaupun desakan mengenainya dibuat sejak puluhan tahun lalu. RCI mula bersidang pada 14 Januari 2013 dan setakat 11 September lalu, 209 saksi sudah memberi keterangan walaupun asalnya hanya 167 nama disenaraikan.
Malah Tun Dr Mahathir Mohamad hanya dipanggil selepas namanya disebut beberapa pegawai kerajaan yang bekerja di bawahnya semasa beliau mengetuai KDN sedangkan sebelumnya bekas Perdana Menteri itu menolak penubuhan RCI.
Keadilandaily