Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 25 September 2013

Panas!! PR mendesak kerajaan Pusat memberi lesen penerbitan akhbar dan stesen televisyen swasta

selangorkini

Selangor Kini jadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 24 SEPT: Selangor Kini, akhbar milik Kerajaan Selangor menjadi perbahasan hangat sesi petang Dewan Rakyat antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Ia berikutan berlaku situasi tegang berlaku antara Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

“Selangor Kini adalah surat khabar kerajaan negeri untuk menjelaskan tindakan dan polisi kerajaan negeri.

“Sesuailah kerana kerajaan Selangor adalah Pakatan Rakyat. Mungkin Tanjong Karang berada dalam 2004, ingat (masih) kerajaan BN.

“Selangor Kini ceritakan apa yang dilakukan kerajaan Selangor (kepada rakyat). Tiada salah gunakan duit kerajaan untuk ceritakan program kerajaan,” kata Khalid.

Selangor Kini diterbitkan kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya, CCSB Sdn Bhd dengan memberi tumpuan isu dan dasar pentadbiran kerajaan negeri dan masalah rakyat.

Ia berbeza dengan Suara Keadilan atau Harakah terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang memfokus isu politik.

Selain itu, Khalid berkata, Pakatan mendesak kerajaan Pusat memberi lesen penerbitan akhbar dan stesen televisyen swasta bagi menerangkan kepada rakyat mengenai dasar pentadbiran negeri yang diperintah.

Ini yang kita minta lesen akhbar (harian) dan televisyen (swasta) seperti TV3. Kita bukan minta kerajaan keluarkan Harakah, Suara Keadilan. Tidak mungkin,” katanya.

- FZL

Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2