Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 28 September 2013

Utamakan parti terlebih dulu - Husam Musa

Husam Musa
Husam Musa                                                      
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menggesa ahli Pas supaya mengutamakan parti daripada memperjuangkan individu tertentu.

Bercakap di dalam Dialog Perdana di sini, bekas Exco Kerajaan Kelantan  itu mahu ahli Pas termasuk pimpinan menekankan soal akhlak.

“Misalnya kalau saya kalah jadi timbalan presiden, tidak mati lagi rasanya,  jadi jangan  runsing sangat sampai tidak dapat tidur, mungkin ada yang  tidak boleh tidur memikir masa depan Pas, bukan masa depan orang, sekali kita silap 20 hingga 100 tahun lagi kesannya,” katanya.

Sebelum ini berlaku ketidakpuasan hati dalam akar umbi Pas apabila Husam tidak dilantik kembali sebagai Exco Kerajaan Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Nama Husam antara yang disebut calon untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden selain Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man dan penyandang Muhammad Sabu.

Mengulas isu jawatan Timbalan Presiden Pas yang menjadi polemik antara golongan ulama dan profesional, Husam berkata, jawatan tersebut harus diisi oleh individu dalam Pas yang mempunyai kombinasi kepimpinan serta kelayakan yang diterima rakyat keseluruhan pada masa kini.

“Kepimpinan ulama ini sudah lama sudah termaktub dalam perlembagaan. Tidak ada seorang pun orang Pas saya rasa nak tukar Perlembagaan Pas khususnya kuasa dalam Majlis Syura, saya rasa secara tradisinya presiden kena cari seorang ulama.

“Bagi Timbalan Presiden ia kena ada daya tarikan, jika satu masa diperlukan tentera, contohnya ramai antara pengundi kita tentera, saya cadangkan Timbalan Presiden pada masa itu kena tenteralah. Begitu juga pada suatu masa ramai puak-puak kita suka artis, tidak ada masalah, ambil dia jadi Timbalan Presiden,” katanya.

Beliau berkata, Pas juga tidak perlu mengehadkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti.

“Contohnya jika kita ada pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz, tidak ada siapa yang akan bahas dan pertikaian (untuk memimpin parti) kerana dia berkualiti.

“Tetapi kalau tidak ada,  maka kita pun kena sekat, (melalui) pagar, tidak jadi masalah tetapi kerana pagar itu (ada pemimpin Pas) hilang kelayakan,” katanya.
 
Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2