“BR1M bersifat politik kerana mewujudkan budaya pergantungan rakyat termiskin sedangkan yang mereka perlukan adalah subsidi menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan lebih baik serta bebas dari kemiskinan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenaikan jumlah BR1M yang akan diumum kerajaan pada Bajet 2014 Oktober ini, bertujuan meredakan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel RM0.20 sen seliter berkuatkuasa 3 September lalu.
Rafizi berkata, kos ditanggung rakyat ekoran peningkatan harga minyak jauh lebih tinggi ekoran barangan lain turut melonjak berbanding pemberian BR1M setahun sekali.

“Kedua, sekitar 40 peratus isi rumah sahaja menerima BR1M sedangkan 40 peratus golongan sederhana yang turut terkesan akibat lonjakan harga minyak tidak dibantu,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Walaupun BR1M yang dilaksana sejak Januari 2012 untuk golongan berpendapatan rendah, namun pada Februari tahun sama, media melaporkan Pengerusi MCA Bera, Datuk Tang Hock Lok turut menerima bantuan ini.
Manakala pada Mac 2012, Demi Malam tidak layak terima BR1M walaupun Orang Asal dari Hulu Langat Selangor itu tiada pendapatan tetap dan masih menanggung empat anaknya termasuk seorang yang mengidap masalah jantung.
Begitu juga dengan sepasang suami isteri Orang Asal dan memiliki lima anak di Kampung Batu Gong Chini, Pahang ditolak dari menerima BR1M walaupun Ismail Leh dan isteri, Fatimah Buka Kunci berpendapatan RM600 sebulan.
KeadilanDaily