Malah
tindakan Muhyiddin meneruskan budaya Umno-BN mendapatkan nasihat
strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal
seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan
pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada
masa depan negara.Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan Umno-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya.
Hubungan intim pembuat dasar dan firma rundingan terutamanya firma asing seperti yang dipraktikkan Umno-BN sejak era Dr Mahathir perlu disemak semula.
Bukan sahaja rasa tidak puas hati di kalangan pegawai kerajaan terhadap “pakar-pakar dari luar” perlu diambil kira, malah proses soft colonization akibat kebergantungan tidak sihat kepada nasihat luaran perlu dihentikan.
Kerajaan Pusat perlu membina keupayaan dalaman khusus dikalangan pegawai kerajaan sedia ada, dan tidak sentiasa mengutamakan “nasihat luar” seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
KeadilanDaily
