Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 18 Julai 2013

Hot!!! Tanah Pulau Perhentian 200 Ekar Pun Di Baham...


        PAS pergiat serangan isu tanah di K Besut

PAS mempergiatkan serangan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut hari ini dengan membangkitkan dakwaan demi dakwaan  berhubung isu pemberian tanah oleh kerajaan negeri Terengganu dan juga projek pembangunan yang dipertikaikannya.

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam sidang medianya hari ini antara lainnya menimbulkan isu pemberian tanah didakwa seluas 200 ekar di satu kawasan di Pulau Perhentian kepada satu syarikat.

Beliau mempersoalkan pemberian tanah berkenaan kepada syarikat yang didakwa “tidak berwibawa” itu, sedangkan penduduk pulau tersebut menghadapi masalah untuk mendapatkan tanah.

"Orang kampung di sini untuk mendapatkan lot-lot tanah dibekukan... Pada masa yang sama, 200 ekar, tanah diperuntukan kepada sebuah syarikat dan kemudiannya dijual kepada pihak ketiga," katanya.

PAS juga melampirkan dokumen yang didakwa menunjukkan lokasi tanah yang dimaksudkan termasuk nama syarikat dan pihak ketiga yang membeli tanah tersebut.

Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, apa yang perlu dipersoalkan ialah pemberian tanah tersebut oleh kerajaan negeri kepada syarikat yang mula-mula memperolehinnya.

Menyentuh satu lagi isu, Husam berkata beliau mengesyaki terdapat usaha yang dijalankan bagi mengambil tanah penduduk untuk diberikan kepada pihak tertentu.

Husam mendakwa, perkara itu dikesan melalui kegiatan mengukur tanah bagi 40 lot tanah penduduk kampung yang mempunyai hak milik di pulau tersebut.

Katanya, menteri besar Datuk Seri Ahmad Said perlu memberi jaminan bahawa tanah penduduk berkenaan tidak akan diambil dan warga tersebut juga tidak akan dipindahkan.

Selain itu Husam turut meminta penjelasan menteri besar berhubung sebuah dewan orang ramai yang dibina oleh Majlis Daerah Besut.

Beliau mendakwa, dewan berkenaan kini ditukar menjadi sebuah hotel yang dimiliki seorang pemimpin Umno Besut.

Husam ketika diminta mendedah nama pemilik premis tersebut sekadar berkata, perkara itu sebaiknya dijelaskan sendiri oleh menteri besar.

"Nak dedah boleh, tapi Datuk Ahmad Said seorang yang telus dan berterus terang. Saya kira beliau lebih berwibawa, berautoriti menamakan orang yang memiliki bangunan tersebut," katanya.

Husam juga mempersoalkan pembinaan rumah pangsapuri di Kampung Lay Out, di Kuala Besut sedangkan masih terdapat lima blok rumah flat yang masih belum diagih-agihkan dan diberikan hak milik.

"Kenapa tidak diagih-agihkan rumah flat ini, sebelum membina yang baru, kerana ia sudah siap," katanya yang merujuk kepada unit pangsapuri berdekatan Pasar Tani Kuala Besut itu.
Husam membangkitkan isu berkenaan dalam sidang media di markaz besar pilihan raya PAS Besut hari ini.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2