Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 30 Julai 2013

Berita Panas!! 'Ada usaha terancang naikkan harga diesel?'

 
          'Ada usaha terancang naikkan harga diesel?'

Pemuda PAS kesal dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Koperasi dan Kepenggunaan yang didakwa gagal menyelesaikan masalah bekalan diesel yang sudah berlarutan beberapa hari.

Malah, menurut Dewan itu, sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat atau diambil bagi menyelesaikan masalah itu.

NONE"Di mana slogan 'rakyat didahulukan' apabila kerajaan masih diam membisu membiarkan kekalutan ini berlaku di banyak tempat?" kata naib ketuanya Dr Raja Ahmad Raja Yaacob (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad juga berkata, banyak aduan dibuat oleh pengguna jalan raya bahawa bekalan minyak diesel habis di stesen-stesen minyak.

Keadaan itu, kata Raja Ahmad sudah berlarutan beberapa dan menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori.

Krisis bekalan diesel itu menurutnya bukan hanya berlaku di semenanjung, malah di Sabah dan Sarawak dan jika berlarutan boleh melonjakkan harga barangan, terutamanya makanan, menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Raja Ahmad menimbulkan persoalan sama ada memang terhadap "usaha terancang" menaikkan harga bahan api itu memandangkan krisis diesel tidak tidak meruncing di peringkat antarabangsa.

"Apakah krisis ini dicipta dengan usaha terancang bagi memberi laluan agar harga diesel dinaikkan terutama di musim-musim perayaan seperti ini?

"Mungkinkah harga diesel akan dinaikkan dalam masa terdekat?" soal Raja Ahmad lagi.

KPDNKK: Bekalan selewat-lewatnya hari ini
Sementara itu, Bernama semalam melaporkan KPDNKK sentiasa peka akan keperluan diesel bersubsidi untuk masyarakat secara keseluruhannya.

KPDNKK yang melaksanakan penentuan diesel bersubsidi memperuntukkan setiap syarikat minyak dengan sejumlah kuota bulanan dengan berdasarkan kepada trend penggunaan diesel.

Menurut kenyataannya di Kota Kinabalu semalam, sekiranya terdapat keperluan tambahan, KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Kewangan sentiasa mempertimbangkan permohonan tambahan.

Berasaskan situasi semasa dan perbincangan dengan semua syarikat minyak, kementerian meluluskan kuota tambahan sebanyak 24.196 juta liter diesel untuk seluruh negara dan penghantaran ke stesen yang mengalami kekurangan bekalan terutama di Sabah dijalankan.

Jumlah itu merupakan tambahan kepada jumlah yang telah diluluskan sebelum ini sebanyak 25.787 juta liter, kata kenyataan itu.

Keperluan diesel yang meningkat secara mendadak itu di luar jangkaan kementerian dan syarikat-syarikat minyak sendiri.

Semua stesen yang mengalami keputusan bekalan dijangka mendapat bekalan pada semalam atau selewat-lewatnya hari ini.

Kementerian berharap tindakan segera yang diambil oleh pihak kementerian dengan kerjasama semua syarikat minyak akan dapat mengatasi kekurangan bekalan tersebut.

Jumaat lepas, pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Datuk Abdul Rahim Ismail meminta pihak berkuasa berkaitan melihat dengan serius masalah kekurangan diesel di Sabah yang menyebabkan kebimbangan tidak perlu di kalangan rakyat.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2