Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 18 Julai 2013

Panas!! Najib tergugat jika BN tewas di K Besut


            KJ: Najib tergugat jika BN tewas di K Besut

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan apabila kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

"Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku sampai ke Dewan Rakyat.

"Dan kita tak mahu melihat kedudukan BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut.
"Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut petang ini.

Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan.

Malaysiakini

Admin : Kepada pengundi kuala besut sudah sampai masanya anda kuburkan umno dan najib di kuala besut dan terengganu...... cukup sudah ditipu oleh barua2 proksi yahudi ni (nAJIB). Mari kita angkat gerakan islam (PAS). LAWAN TETAP LAWAN!!!!!
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2