Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 22 Julai 2013

Panas!!! Umno/BN tak lagi yakin menang di Kuala Besut..


                 PAS: BN tak lagi yakin menang K Besut

PAS mendakwa BN kini tidak lagi yakin untuk menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut walaupun pemimpin parti tersebut sebelum ini meramalkan akan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti sehingga 4,000 undi.
Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Satiful Bahri Mamat dalam sidang medianya hari ini berkata, BN di peringkat terakhir tempoh kempennya ini malah semakin terdesak dan terpaksa menumpukan pada sokongan pengundi luar.

Beliau mengandaikan demikian berdasarkan kenyataan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN DUN Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh bahawa parti itu sedang berusaha membawa pengundi luar yang berdaftar pulang untuk mengundi pada 24 Julai ini.

"Kenyataan ini memberi satu gambaran pelik kerana sebelum ini minta PAS jangan bertanding dan mereka boleh menang 4,000 undi.

"(Kali ini) BN terdesak untuk menang di kawasan Kuala Besut... (Mereka) menagih simpati dan BN berdepan serangan daripada Pakatan Rakyat," kata Satiful Bahri dalam sidang medianya hari ini.

Idris dalam kenyataan yang laporan akhbar Berita Harian hari ini menyebut, BN kini memberi tumpuan untuk membawa pengundi luar pulang ke Kuala Besut.

Dalam laporan itu, Idris juga berkata kempen BN juga berjalan dengan cukup tersusun dan calon parti itu pula berjaya memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi.

Mengulas mengenai usaha pihak lawan tersebut, Satiful Bahri berkata usaha PAS untuk membawa pengundi luar itu terbatas dengan sumber yang terhad.

Bagaimanapun, mereka akan menghubungi pengundi terlibat dan mengharapkan kerjasama media untuk membuat hebahan kegiatan kempen PAS, katanya.
Katanya, PAS juga bimbang jika ramai pengundi tidak dapat keluar mengundi kerana hari membuang undi 24 Julai jatuh pada hari bekerja.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2