Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 15 Julai 2013

BN Terengganu Gagal!!!.. abai pertanian di Kuala Besut - Salahuddin Ayub


BESUT: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan BN Terengganu telah mengabaikan bidang pertanian di Kuala Besut walaupun telah lama menjadi kerajaan pilihan rakyat.

Pengabaian itu, katanya membiarkan aktiviti pertanian, khususnya  penanaman padi hanya bergantung pada musim hujan sahaja.

Beliau turut mempersoalkan fungsi JPS yang turut gagal menjaga kepentingan rakyat di Kuala Besut.

Menurutnya, walaupun calon BN adalah seorang jurutera yang dibanggakan dengan menerima anugerah kecemerlangan dalam perkhidmatan tetapi tidak memenuhi keperluan untuk rakyat Kuala Besut menanam padi sepanjang tahun.

“Perbandingan pengurusan pertanian, contohnya di Selangor mampu mendayakan petani sawah mengenalikan penanaman lima kali dalam dua tahun.

“Bayangkan pendapatan petani yang dapat kita tingkatkan apabila infrastruktur saliran empangan ini dapat dimajukan,” ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

HarakahDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2