Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 16 Julai 2013

BULAN PUASA PUN KERAJAAN HARAM BN BUAT FITNAH..


          Jangan buat spekulasi jika kedudukan 16:16
BESUT: Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat menjelaskan jika kedudukan kerusi Dun menjadi 16:16, ia merupakan satu sejarah baru politik negara khususnya di negeri ini.

Jelasnya lagi, untuk mentafsir apa yang berlaku jika kedudukan kerusi seimbang adalah tidak wajar.

"Apa yang penting kita dapatkan dulu 16:16 dan tengok apa yang akan berlaku.

"Kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan ataupun sebarang spekulasi kedudukan kerajaan negeri mahupun kestabilan, biar ia berlaku dan PAS akan pastikan Terengganu ini tetap aman seperti hari ini," ujarnya yang juga Pengurus Kempen PAS PRK ini kepada Harakahdaily. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kempen yang  menyifatkan Terengganu akan menjadi huru hara apabila kerusi menjadi 16:16 jika PAS dapat menawan kerusi Dun Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Ucapan ringkas melalui kenderaan pacuan empat roda itu dibuat ketika calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkunjung di Bazar Ramadhan di Kuala Besut semalam.

Dalam ucapan ringkas yang dilakukan oleh penyokong BN yang turut sama pada program tersebut turut menyebut pembangkang (Pakatan Rakyat) juga telah menimbulkan huru hara apabila kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

HarakahDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2