Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 16 Julai 2013

Tebus semula maruah PAS di Besut – Che Long


BESUT: Pengundi di Kuala Besut perlu menembus semula maruah mereka apabila tiga pilihan raya umum (PRU) lalu PAS tidak mendapat sebarang kerusi di parlimen Besut.

Calon PAS, Azlan Yusof atau sinonim dengan Che Long berkata, pilihan raya kecil Kuala Besut memberi peluang keemasan bagi pengundi Dun Kuala Besut membolehkan PAS bertapak semula.

“Ini adalah masa terbaik bagi mengembalikan semula kerusi Dun Kuala Besut kepada PAS. Ini kerana pada PRU 2004, PRU 2008 dan PRU 2003 PAS tidak mendapat sebarang kerusi di parlimen Besut.

“Oleh itu saya berharap pengundi memilih Che Long pada pilihan raya kali ini,” katanya pada ucapan ringkas memperkenalkan diri di Tok Saboh malam tadi.

Tok Saboh merupakan kubu Umno, di mana pada pilihan raya umum lalu calon BN mendapat majoriti 617 undi. Malah BN meneruskan penguasaan di Dun berkenaan sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun di peti undi tersebut terdapat markas PAS iaitu Masjid Haji Yaakub.

Masjid berkenaan Jumaat lalu dikunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyampaikan khutbah Jumaat.

Di sebelahnya terdapat Markas Dewan Ulama PAS bagi pilihan raya kecil Dun terbabit. Terdapat juga replika jet pejuang berwarna hijau di tepi jalan di hadapan masjid.

Jentera pilihan raya PAS Rantau Panjang dan Perak turut datang membantu kegiatan kempen di peti undi terbabit.

Pengerusi Perhubungan PKR Terengganu, Azan Ismail pula menyifatkan keputusan SPR mengadakan hari mengundi pada Rabu dianggap sebagai helah bagi mengelakkan pengundi luar balik mengundi.

Katanya, pengundi luar mungkin berfikir dua kali kerana mereka sekali lagi akan pulang bagi menyambut Hari Raya bersama keluarga.

Difahamkan terdapat lebih 1,000 pengundi luar Dun Kuala Besut yang tinggal di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Hadir sama pada ceramah itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
 
HarakahDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2