Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 31 Julai 2013

BENARKAH PAS ALAMI PERPECAHAN??


Ramai yang bertanya kpd saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius?
Ada kelompok kepimpinan, kem2 tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dll.

Saya mula2 berjinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara resmi sebagai ahli tahun 1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai tugasan yg diamanahkan.

Dari ahli biasa, meniti hirarki kepimpinan sampai pada waktu ini. Bergaul dengan macam macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tareqat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang 'pelik2' yg diwarisi sebelum menyertai PAS.

Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipelolehi dari PAS atas nama Usrah, Tamrin, Kuliah dan lain2 dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Samada pandangan pimpinan sendiri yg dinukilkan dalam buku2 yg diterbitkan seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi, Ust Fadhil Nor, Hj Yusof Rawa, Ust Yahya Osman(sekadar beberapa nama) atau Tokoh Gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Al Banna dan lain-lain, ianya dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jamaah, khususnya dasar perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama PAS, hari ini, PAS telah berada di landasan yg terbaik. Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang. Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Hj Hadi. Ahli PAS bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan PAS. Seperti mana Ketua Cawangan PAS ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden PAS pun turut di kritik dan di nasihati oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya.

Selain AJK PAS Pusat, saya juga adalah anggota Lajnah Politik PAS Pusat dan berbagai jawatankuasa lain yg ditubuhkan oleh parti. Ahli mesyuarat bebas memberikan pandangan berasaskan tahap intelektual masing2. Kehebatan berhujah adalah keistimewaan yg dimiliki termasuk Pesuruhjaya negeri2. Presiden PAS selaku Pengerusi mesyuarat sangat terbuka dalam meraikan semua pandangan. Presiden parti tidak menggunakan kuasa Veto, akur keputusan bersama.

Saya merasai detik2 mendebarkan dan perbincangan hangat tatkala memutuskan kedudukan Dato' Dr Hassan Ali, polemik Kedah dan isu kerusi Kota Damansara. Namun, bagaimana panas sekalipun, ia tetap dalam ruang lingkup akhlak. Maknanya, tidak benar jika ada yg menuduh sesetengah AJK PAS Pusat bersikap kurang ajar dan tidak wala' dengan keputusan mesyuarat.

Justeru, tidak benar, hanya perbezaan pandangan dan kritikan tajam dianggap berpecah. Pimpinan PAS kekal mantap dan dihormati kawan dan lawan

Kebiasaannya mesyuarat di mulakan dengan Usrah, selesai mesyuarat yang kadangkala berlarutan lebih 5 jam; kami makan bersama dalam suasana santai dan penuh mesra. Apa yg didebatkan dalam mesyuarat meskipun berbeza pandangannya, menjadi keputusan yg mesti dipatuhi. Semangat syura yg hidup dan segar, menjadi rahsia kekuatan PAS hari ini.

Adalah tidak benar apabila muncul tuduhan2 dalam fb, blog dll, kononnya ada berbagai puak dlm parti, dakwaan tidak wala'; apatah lagi tuduhan sesetengah pimpinan menganut fahaman tertentu. Jika ada aduan resmi, maka Jawatankuasa Disiplin parti akan bicarakan dengan adil. Sejarah pemecatan ahli dalam parti akibat kesalahan tertentu, ada dan jelas.

Saya tegaskan hal ini sebagai gambaran bahwa PAS sebenarnya sebuah parti dan gerakan Islam yg mantap dan tentulah cabaran mengurus organisasinya bukan mudah. Hakikatnya, PAS lebih mantap dari Umno dan parti2 lain di Malaysia. Meskipun bersikap terbuka, tapi ada peraturannya; kritiklah, tapi jangan membuat fitnah.

Melabel pemimpin tertentu hingga timbul cakap2 untuk jatuhkan seseorang yg tidak sehaluan adalah hak perwakilan. Tetapi adalah menyedihkan, jika tokoh yg mahu ditolak itu adalah berdasarkan emosi semata2, marah atau sebab2 yg tidak jelas. Lebih malang, kalau tokoh itu sangat menyerlah, ada wibawa; tapi tidak disenangi kerana kelantangannya.

Kita sayang pada PAS, jamaah yg kita sertai berasaskan kefahaman dan kesedaran kita. Daripada menuding jari dan melabel orang, lebih baik tumpukan pada tanggungjawab yg diamanahkan. Tidak cukup masa kita untuk cari salah orang lain, kalau kita sibuk dengan urusan perjuangan!.

Kita sebuah parti yg kukuh, ada kerajaan yang kita kuasai pemerintahannya, harapan rakyat terlalu tinggi kepada kita. Jangan buang masa berbalah. Hentikan prasangka sesama kita.Eratkan perpaduan, perkukuh saf disemua peringkat. Mainkan peranan masing2, samada berjawatan atau tidak.

Samada kita Ulama', Profesional, aktivis atau siapa pun kita; semuanya bertanggungjawab kepada parti. Betulkan nawaitu, ikhlaskan diri kerana Allah.

Teringat kata2 Tuan Guru Hj Abd Hadi, 'maqam taqwa ahli biasa yg kerjanya hanya penampal poster boleh jadi lebih tinggi dari Presiden parti'.

SELAMAT BERPUASA

Mazlan Aliman
AJK PAS Pusat
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2