Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 23 Julai 2013

Rakyat lebih terbela Jika Parti Islam menang di Kuala Besut..


Rakyat lebih terbela apabila kedudukan 16:16

BESUT: Rakyat memerlukan seorang wakil yang sentiasa terbuka menerima aduan, bukan pada musim pilihan raya sahaja, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).

Beliau berkata, suara wakil rakyat amat penting di Dewan Undangan Negeri (Dun) walaupun tidak menabur jutaan wang ringgit.

"Saya nak beritahu, suara wakil rakyat sangat berkuasa walaupun dia tak boleh bawa berjuta-juta ringgit.

"Kita dapat melihat pilihan raya kecil ini penting (kerana) pengalaman kita menjadi pembangkang yang kuat di parlimen telah menunjukkan kita  beri tekanan yang kuat kepada Umno.

"Dari 2008 kesan ini memaksa perdana menteri membuat pelbagai perubahan yang dipanggil transformasi," kata beliau sewaktu berceramah di Kampung Tok Saboh malam tadi.

Menurut beliau kedudukan Umno BN hanya  lebih satu kerusi berbanding PAS memerlukan PAS menghantar wakil untuk mempengaruhi segala keputusan.

"Bila 16:16 sekiranya ada perkara yang dibelah bagi sekiranya perancangan dan belanjawan yang dikemukakan kerajaan tidak menguntungkan rakyat maka 16 undi ini membantah 16 undi yang menyokong.

"Sehingga mereka meminda belanjawan atau apa-apa perancangan yang dibuat, maka rancangan ini tidak dapat diluluskan.

"Jadi amat penting kita hantar seorang calon dari dun Kuala Besut kerana kita nak bawa suara rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Menyentuh soal wanita pula, Dr Mariah berkata PAS memang membela nasib wanita khususnya golongan ibu tunggal.

"Nasib wanita pula, apabila saya tanya ibu tunggal, saya tanya berapa mereka dapat kata mereka sehari dapat RM10 sahaja, jadi sebulan RM300 dengan macam-macam  nak bayar.

"Kami Dewan Muslimat PAS sangat prihatin, kita akan bela nasib wanita dan ini yang kita akan perjuangkan kepada wanita-wanita di Kuala Besut dan seluruh negara.

"Jangan harap wakil-wakil BN akan bawa isu wanita pada Dun kerana mereka tak fikirkan perkara tersebut tapi yang mereka pentingkan adalah untuk kepentingan peribadi sahaja," katanya.

HarakahDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2