Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 29 Julai 2013

Panas!! Anwar Ibrahim gesa Ketua Hakim Negara campur tangan - petisyen pru13

     
   Isu petisyen: Anwar gesa Ketua Hakim Negara campur tangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan dalam isu petisyen pilihan raya ekoran keputusan mahkamah menolaknya tanpa alasan munasabah.
Ketua Pembangkang itu bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang kini sudah masuk 10 kes dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.
"Kadar penolakan petisyen atas alasan teknikal dan tindakan mahkamah mengenakan kos yang tinggi adalah tidak munasabah.

"Kami menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan untuk menjawab perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. - 29 Julai, 2013.
Antara petisyen yang mendapat perhatian ialah kes di Balik Pulau apabila mahkamah mengarahkan pempetisyen yang difail, Muhammad Bakhtiar Wan Chik membayar kos RM120,000.

"Apakah tujuan kos petisyen ini tinggi? Kalau corak ini berterusan, ia hanya seolah-olah cuba menghalang daripada orang ramai untuk mengemukakan petisyen," kata Anwar.

Dalam petisyen yang menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) kalah dan terpaksa menanggung kos tinggi ialah Parlimen Ketereh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dan DUN Kok Lanas di Kelantan.
Bagi Parlimen Ketereh, Mahkamah Kota Bharu mengarahkan pempetisyen yang difailkan, Ab Aziz Ab Kadir membayar kos RM40,000 kepada responden pertama, Ahli Parlimennya, Tan Sri Annuar Musa dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Bagi DUN Air Lanas, pempetisyen yang dinamakan Mustapha Deris diarah membayar kos RM30,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagi DUN Kok Lanas, pempetisyen Shaberi Mohd Zain diarah membayar RM30,000 kepada Adunnya, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.
"Corak perintah kos tinggi pilihan raya ini dilihat seolah-olah hakim diberi arahan oleh pihak tertentu supaya tiada perbahasan terbuka  tentang penipuan dan salah guna kuasa pilihan raya.

"Saya bimbang persepsi rakyat ke atas sistem kehakiman negara kerana rakyat berhak untuk mendengar," kata Anwar lagi.

Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, PR melengkapkan 39 petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.

Buat kali pertama dalam sejarah, petisyen kali ini yang paling banyak yang difailkan PR dan Barisan Nasional (BN).- 29 Julai, 2013.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2