Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 15 Julai 2013

"R" Terengganu optimis berlaku kejutan PRK Kuala Besut



KUALA LUMPUR: Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R Terengganu) yakin PAS akan melakukan kejutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Menurut Pengarah Sekretariat Royalti PRK Kuala Besut Naraza Muda, kesedaran tuntutan 'Kembalikan Hak Kami' sudah menyerap masuk ke jiwa pengundi khususnya mereka yang terhimpit dengan pelbagai masalah sosial dan ekonomi.

"R yakin ada kejutan di PRK Kuala Besut berdasarkan gerak kerja dan komitmen berterusan serta pengunaan kaedah kempen yang menjurus kepada minat pengundi yang ingin melihat slogan 16:16 menjadi realiti," katanya kepada Harakahdaly hari ini.

Beliau juga optimis pengundi muda akan melakukan perubahan dengan mengundi PAS selepas sedar hak-hak mereka sebagai rakyat.

"Kami optimis pengundi muda akan mengorak langkah dengan membuat perubahan kerana sudah lemas dengan kehidupan yang menghimpit mereka," katanya.

Justeru tegasnya, R Terengganu akan bersama-sama PAS berkempen bagi memastikan pengundi mendapat maklumat yang tepat khususnya berhubung tuntutan R Terengganu ke atas royalti Petroleum.

R kumpul aktivis

Sementara itu, Setiausaha R Terengganu Syed Husain Solahuddin Syed Hasan berkata, sepanjang tempoh kempen, jadual R Terengganu padat dengan pelbagai bentuk kempen.

Jelas beliau, setakat hari ini, gelombang pertama serama 30 hari sudah berkempen dengan mengadakan flashmob dan mengedarkan risalah mengenai tuntutan R kepada pengunjung bazar Ramadan, selain mengikut calon PAS Endot@Azlan Yusof berkempen. (Gambar atas)

"Setakat hari ini, seramai 30 anggota R berkampung di Kuala Besut dan selepas ini akan ada dua gelombang lagi akan hadir.

"Pelbagai cara kempen yang R gunakan termasuk ikut calon dan berdasarkan kesesuaian. Kami mengadakan mengadakan flashmobe di bazar Ramadan Kuala Besut.

"Mula-mula ada orang rama yang terpinga-pinga tapi setelah diberi sedikit pendedahan, mereka berlalu dengan senyman dan menyatakan sokongan," katanya.

Selain itu katanya, R Terengganu berjaya mengumpul ativis dalam kalangan anak muda selama beberapa hari berkampung di sana.

"Kami juga menghimpun anak muda tempatan yang sebelum ini tidak mengetahui isu royalti tapi dalam masa yang singkat mereka bersedia untuk menjadi aktivis setelah mendapat maklumat daripada kami," ujarnya.

HarakahDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2