Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 16 Julai 2013

Pas Terus Menyerang Lawan di PRK N01 Kuala Besut..


 
Masuk hari ke-5 kempen, PAS tukar rentak
 
ULASAN Memasuki hari kelima kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS dilihat mula mengambil pendekatan 'menyerang' BN dengan membangkitkan pelbagai isu tidak kira isu tempatan atau nasional.

Ketika pendekatan sentuhan langsung dilihat sama seimbang, PAS kini aktif membangkitkan isu-isu seperti masalah tanah dan rumah setempat, sosio-ekonomi masyarakat, kelemahan infrastruktur serta isu nasional seperti pelantikan pengerusi Tabung Haji baru.

Mereka juga menjadikan tema "16:16 Terengganu Baru" dalam kempen mereka mendapat penguasaan seimbang antara Pakatan Rakyat-BN dalam DUN Terengganu, yang bergantung kepada keputusan di Kuala Besut.

Pada tiga hari pertama kempen, PAS lebih tertumpu kepada usaha memperkenalkan calon mereka dan menyentuh masalah tanah, tetapi semalam parti Islam itu mula mendedahkan berdikit-dikit dakwaan pemilikan tanah empat pemimpin Umno Besut di DUN itu.

Setakat ini, tiada jawapan daripada pemimpin Umno melainkan ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad yang mengakui memiliki lot tanah di kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut.

PAS juga mendakwa, berlakunya rampasan tanah - yang diberikan oleh kerajaan PAS pada 1999 - dan perobohan lima rumah yang kini dijadikan projek rumah pangsapuri yang mungkin diberikan "percuma" kerajaan BN.

Bagaimanapun, faktor tempat yang penduduknya rata-rata bergantung maklumat kepada media arus perdana, pendedahan PAS itu mungkin tidak memberikan kesan besar kepada lawan mereka BN.

Luaskan tema 16:16

Memasuki hampir separuh masa kempen, PAS juga cuba meluaskan tema "16:16 Terengganu Baru".

Naib presidennya Salahuddin Ayub dalam ceramahnya di Seberang Luar malam tadi cuba meyakinkan pemilih jika keputusan 16:16 benar-benar tercapai dan PAS ditakdirkan mendapat jawatan menteri besar, masalah tanah di Kuala Besut akan selesai.

"PAS berjanji untuk menyelesaikan isu tanah, sebab saya datang dengan fakta yang cukup. Saya tidak berdiri sebagi naib presiden. Kalau saya berbohong, apa nilai saya sebagai naib presiden," katanya.

Selain itu, mereka turut menampilkan beberapa pemimpin kanan PAS dan Pakatan seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pemimpin PAS Kelantan Takiyuddin Hassan dan ADUN Bandar Azan Ismail yang menerangkan berhubung situasi itu berlaku.

Mohamad dalam ceramahn yang sama turut membangkitkan isu pelantikan pengerusi Tabung Haji yang baru yang disandang oleh ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa menimbulkan kekesalan di kalangan orang Umno sendiri.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2