Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 25 Julai 2013

YB Rafizi Ramli Sekolahkan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar..

 
     Rafizi: Timbalan, pengerusi SPR elak isu dakwat

MP PKR Rafizi Ramli mendakwa cabaran yang disuarakan pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atasnya merupakan satu cara untuk mengelak daripada menjawab isu berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya 5 Mei.
Dakwanya, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersembunyi di sebalik cabaran berkenaan dan tidak berusaha membersihkan nama suruhanjaya tersebut.

“Tugas kedua-dua mereka adalah untuk menjawab perkara-perkara ini, bukannya berlagak dengan cabar-mencabar. Jika pendedahan saya itu salah, kenyataan saya di luar Dewan sudah cukup untuk mereka mengambil tindakan undang-undang.

"Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat?," katanya.
Rafizi mengulas cabaran Abdul Aziz dan Wan Ahmad semalam, yang mahu beliau mengulangi dakwaan mengaitkan kedua-duanya dengan pembekal dakwat tersebut.

Beliau berkata Abdul Aziz dan Wan Ahmad masih perlu menjawab soalan yang dikemukakannya sebelum ini, antaranya berhubung kontrak secara rundingan terus kepada syarikat yang membekal dakwat kekal dan kelengkapan pilihan raya itu.

Beliau juga mahu kedua-duanya menjelaskan mengenai penglibatkan dalam soal perolehan bahan tersebut.

“Apakah benar kedua-dua mereka lepas tangan sepenuhnya dalam hal ehwal pembekalan sedangkan ia adalah aspek paling utama pelaksanaan dakwat kekal yang diwar-warkan mereka?

“Apakah pengerusi dan timbalan pengerusi SPR tidak terlibat langsung di dalam sebarang perbincangan mengenai dakwat kekal, termasuk demonstrasi, kandungan kimia, kaedah pelaksanaan dan lain-lain?,” kata Rafizi.

Beliau juga menuntut kedua-duanya menjelaskan sama ada mereka telah membincangkan isu dakwat kekal tersebut dengan pegawai SPR yang lain.

“Mustahil pengerusi dan timbalan pengerusi menjawab media tanpa pengetahuan dan maklumat awal mengenai pelaksanaan dakwat kekal termasuklah hal ehwal logistiknya seperti pembekalan dan lain-lain?,” katanya.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2