Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 9 Julai 2013

Husam ketuai PAS gempur Kuala Besut


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilantik sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Laporan lidah parti PAS Harakahdaily menyebut, beliau akan dibantu oleh ketua pengarah pilihan raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.

Jawatankuasa berkenaan juga akan dinasihati oleh tiga pemimpin tertinggi PAS - presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Laporan itu menyebut perlantikan Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut.

Menurut Harakahdaily, pengaruh dan peranan PAS Kelantan sangat penting untuk menentukan corak kempen pilihan raya ini.

Prestasi Husam dalam mengetuai jentera pilihan raya kecil ini menarik untuk diperhatikan, lebih-lebih lagi dalam suasana PAS yang akan menjalankan pemilihan parti pada penghujung tahun ini.
ADUN Salor itu tidak disenarai sebagai anggota exco Kelantan selepas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur dari mengetuai pentadbiran negeri pada penggal ini.

HarakahDaily


Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2