Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 2 Julai 2013

CADANGAN UNTUK SPR!!!



Lantik wakil BN dan Pakatan ke dalam SPR, kata Tamrin

Pelbagai pihak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jarang yang memberikan cadangan untuk menyelesaikan kemelut kepercayaan yang melanda badan yang sepatutnya bebas itu.

Bekas Exco Pemuda Umno yang kini menyertai PAS, Tamrin Ghafar mencadangkan, badan ini digabungkan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dengan SPR sama-sama memilih calon untuk memimpin badan ini.

"Saya cadangkan pelanggan-pelanggan SPR yang memilih pejawat dalam SPR ini termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, setiaudaha dan ahli-ahli SPR. Misalnya BN mencalonkan pengerusi SPR manakala Pakatan mencalonkan nama timbalan pengerusinya," kata Tamrin apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

"Setiausahanya pula dicalonkan oleh Pakatan manakala BN pula mencadangkan timbalan setiausahanya," tambah Tamrin ketika mencadangkan penyelesaian kepada kemelut ini.
Beliau yakin dengan penyertaan semua pihak-pihak yang terlibat ini akan percaya kepada badan itu jika mereka mempunyai wakil di dalamnya.

SPR menjadi sasaran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat (PR) serta badan-badan yang mahukan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini.
Mereka mendesak sekurang-kurangnya pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang ada sekarang meletakkan jawatan.
Namun timbul persoalan, apakah dengan menukar mereka berdua akan menjadikan SPR badan yang dipercayai.

Kesilapan paling nyata yang dibuat oleh SPR adalah dakwat kekal yang tidak kekal.
Lebih merumitkan keadaan adalah kenyataan bercanggah antara pelbagai pihak dalam isu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bulan lalu untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

“Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan,” katanya.
Tamrin adalah antara yang dikenakan tindakan pihak berkuasa apabila  turut mempertikaikan kewibawaan SPR.

Beliau dua kali ditahan dan akhirnya didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948.
Bagi memulihkan kewibawaan SPR, pelbagai badan termasuk parti-parti politik mencadangkan agar pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan.

"Saya tidak fikir begitu. Bagi saya ia tidak akan menyelesaikan masalah. Saya bimbang perkara yang sama berulang. Bersih akan kembali ke jalan raya untuk membantah perlantikan pemimpin baru SPR," kata Tamrin yang menyertai PAS menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menghadapi masalah yang sama. Ketika itu namanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Bekas pendana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membentuk SPRM.

Dengan penubuhan SPRM, sebuah badan dibentuk untuk mengawal selia badan ini dan dibentuk penal yang dilantik di kalangan pelbagai pihak termasuk dari parti-parti politik.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang pada ketika itu merupakan anggota Parlimen Kubang Kerian turut dilantik ke dalam panel ini.

Hasilnya tekanan kepada SPRM sejak kebelakangan ini agar berkurang. Ini kerana pelbetulan dalaman dibuat sebelum ia diserang oleh pihak-pihak.
"Saya yakin, melantik stake holder (pihak berkepentingan) ke dalam SPR akan meredakan tekanan kepada badan ini dan ia boleh menjalankan tugasnya dengan menjaga kepentingan semua pihak yang berkepentingan," kata Tamrin. - 2 Julai, 2013.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2